"Janganlah persoalkan hak istimewa orang Melayu kerana tiada faedahnya. Lebih baik semua kaum bermuafakat dan saling bantu membantu jika ada masalah," katanya.
"Saya berharap pemimpin parti komponen BN dapat mencadangkan bagaimana untuk menambah serta memperbesarkan kek ekonomi dan bukannya berbincang mengenai kuota yang ada pada kaum lain," katanya di sini, hari ini.
"Saya berharap pemimpin parti komponen BN dapat mencadangkan bagaimana untuk menambah serta memperbesarkan kek ekonomi dan bukannya berbincang mengenai kuota yang ada pada kaum lain," katanya di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai kelmarin yang meminta kerajaan memansuhkan pegangan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat senaraian awam.
Gagento : Suara Melayu perlu bersatu padu mendesak pemimpin-pemimpin Cina ini lebih berhati-hati dengan isu melibatkan orang Melayu. Hanya kerana ingin memenangi hati kaum mereka kerana kemerosotan sokongan, nilai persahabatan dan sentimen diketepikan.
1 comment:
aslmkm saudara...saya amat terpanggil menyertai komen ini berdasarkan naluri kebangsaan yang tinggi. Sikap kaum lain amat tidak menyenangkan. Apa yang boleh disimpulkan ialah orang melayu jangan duduk diam sahaja. Suara permuafakatan menolak permintaan kaum lain ini amat berbahaya pada masa depan.
- apakah mereka terluapa bahawa melayu sejak dahulu hingga sekarang merupakan kaum yang sangat bertolerensi dalam hal politik sehingga mengorbangkan banayak kepentingan bangsa dalam pembahagian kerusi pilihanraya?
- apakah mereka terlupa dengan sejarah asal usul malaya (pada satu masa dahulu), kini dikenali Malaysia?
- apakah merit yang diterima dengan mengusulkan pemberian kout tambahan tersebut...adakah bangsa cina mula hilang keyakinan pada MCA?
sedarilah bahawa kewujudan negara bangsa ini adalah hasil toleransi UMNO dan Kerajaan yang ditunjangi oleh orang-orang melayu sejak dahulu. Cuma kebijaksanaan pemimpin terdahulu sahaja mengatasi kepimpinan kini.
Post a Comment