Tuesday 14 October 2008

Pembangkang Bagi TARIKH BARU TUBUH KERAJAAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menganggap tarikh baru menjelang Disember bagi Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan yang di'uar-uarkan' sebelum ini sebagai karut dan membuang masa.
Perdana Menteri berkata beliau tidak nampak sebarang sebab untuk anggota Barisan Nasional (BN) meninggalkan gabungan itu dan menyertai Pakatan Rakyat.
“Barisan Nasional ialah pemenang dalam pilihan raya umum lepas dan kami ada kerja yang perlu dibuat. Mungkin ada perbezaan pendapat di antara kami dan sesetengahnya bukan mudah untuk diselesaikan tetapi hakikatnya ialah kami telah diberikan amanah oleh rakyat.

“Kami membentuk kerajaan yang kuat dan kami akan terus lakukan apa yang kami mampu untuk membangunkan negara. Ini adalah satu peluang bagi parti, jadi kenapa pula ada yang mahu meninggalkan parti?” kata Abdullah. Perdana Menteri yang ditemui selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Rantau AS-Islamik Dunia di sini berkata demikian kepada pemberita yang menghadiri sidang akhbar selepas itu berkata demikian selepas diminta mengulas tarikh baru yang ditetapkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merampas kuasa daripada BN.
Selepas gagal mengambil alih kerajaan pada tarikh 16 Sept seperti disasarkan sebelum ini, Anwar menetapkan 8 Dis sebagai tarikh baru dan mendakwa beliau mempunyai cukup bilangan anggota Parlimen BN yang akan berpaling tadah untuk menyertainya untuk membentuk kerajaan sebelum Hari Raya Haji yang dijangka disambut pada tarikh itu.
“Semuanya karut tetapi tetap mencanangkan perkara itu kerana itu merupakan satu-satunya cara beliau mendapatkan perhatian. Saya fikir anda semua hanya membazirkan masa anda semua,” kata Abdullah.

Gagento : Banyak perkara membangunkan minda dan bangsa Melayu yang harus diteruskan oleh wakil kepada rakyat. Jangan memperjudikan bangsa dan negara!

No comments: