Monday 13 October 2008

Presiden : PM mahu UMNO pilih Najib

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini meminta ahli UMNO memberikan sokongan kepada Timbalannya Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden parti itu yang baru pada pemilihan Mac depan.
"Saya nak Datuk Seri Najib mengganti saya, saya nak supaya anggota-anggota parti beri sokongan kepada beliau dan saya percaya beliau boleh jadi pemimpin yang baik," kata Perdana Menteri selepas menyampaikan ucaptama di Forum Serantau Amerika Syarikat dan Dunia Islam di Kuala Lumpur.
Tambahnya, lapor Bernama, beliau gembira dengan keputusan yang dibuat oleh 28 bahagian UMNO yang bermesyuarat setakat ini untuk mencalonkan Najib sebagai Presiden parti. "Sudah tentu saya perlu gembira kerana mereka menyokong beliau. Itu adalah baik," katanya. Menjawab soalan berhubung dakwaan laman web Malaysia Today bahawa Najib telah menyalahguna kuasa dan campur tangan dalam siasatan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibu, Abdullah berkata beliau tidak percaya Najib telah menyalahguna kuasanya."Saya tidak percaya Datuk Seri Najib mahu untuk salah guna kuasa, jika beliau seorang yang cenderung untuk menyalahguna kuasa, kalau begitu bagaimana beliau akan menjadi pengganti saya. Saya percaya dengan beliau, saya percaya beliau seorang yang baik dan akan menjadi Perdana Menteri yang baik dan mampu untuk memberikan kepimpinan yang baik, jadi saya tidak percaya beliau terlibat dalam salah guna kuasa," kata Abdullah.

Laporan di blog itu memperincikan dakwaan pertukaran mesej teks SMS di antara Najib dan Datuk Shafee Abdullah, Peguam terkemuka yang mewakili Abdul Razak Baginda sebelum didakwa bersubahat dengan dua Pegawai Polis dalam pembunuhan Altantuya.

Gagento : Apapun tohmahan biarlah ada asasnya supaya undang-undang yang mengadili. Bukan kita yang buat tafsiran dan jatuhkan 'hukuman' sendiri.
Malaysiakini.com, Oct 13, 08 2:34pm


1 comment:

bronaga said...

Semekom Yah...Cantik Nama Blog? Yah tolong ler Tok Ali tu yah!!! Serba salah dibuatnya