Perdana Menteri Israel yang bakal meletak jawatan atas dakwaan merasuah, Ehud Olmert menegaskankan perlunya Rejim berundur dari Tanah Palestin dalam usaha mencapai perdamaian dengan Palestin. Sebelum ini Olmert berulang kali dengan angkuhnya meneruskan perluasan kuasa rejim tanpa menghirau langsung isu Pelan Damai. Canselor Jerman, Angela Merkel pernah mengunjungi Tel Aviv & menggesa rejim berundur sebagai usaha ampuh kearah perdamaian. Dalam sidang media yang sama Olmert menegaskan usaha rejim adalah semata-mata kerana negara Israel & rakyatnya. Jelas dilihat polemik terbaru Olmert ini menyerupai mana-mana Presiden Amerika dalam membincangkan masalah Israel -Palestin; memulakan usaha apabila legasi pemerintahan mereka berakhir. Di era Bush, Rundingan Annapolis diadakan diakhir tahun Bush memerintah. Lama sebelum ini, Yitzak Rabin menandatangani Perjanjian Oslo yang menyatakan rejim akan menyerahkan kembali Tanah Palestin yang diduduki. Akhirnya Rabin mati ditembak. Ikuti berita seterusnya dari Aljazeera
Sunday, 5 October 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment