Friday 24 October 2008

Tun Mahathir : Saya sokong 'Datuk' untuk Shah Rukh Khan


Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan penganugerahan Darjah Kebesaran Kerajaan Negeri Melaka, DMSM yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon terkenal Shah Rukh Khan atas jasa-jasanya mempromosikan Malaysia melalui filem-filemnya. Bekas Perdana Menteri itu berkata bintang Bollywood itu "lebih berjasa" daripada beberapa tokoh negara luar yang pernah diberikan anugerah dan pingat kebesaran Malaysia.
Menurut beliau lagi, Shah Rukh Khan antara pelakon tersohor yang berminat membuat filem di negara ini selepas ditawarkan olehnya sehingga Malaysia menjadi destinasi pembikinan filem beberapa lagi syarikat dari Mumbai."Saya telah usaha untuk menarik syarikat-syarikat perfileman Bollywood untuk membuat filem di sini kerana ia akan memperkenalkan Malaysia bukan sahaja kepada penonton filem di India tetapi di Eropah juga.

"Tujuannya ialah untuk menarik pelancong ke Malaysia."Antara yang sambut jemputan saya ialah Shah Rukh Khan. Dia amat tertarik dengan pemandangan di Malaysia.

"Banyaklah filemnya yang mempunyai latar tempat-tempat yang menarik di Malaysia," kata Dr Mahathir di blognya http://www.chedet.com/ hari ini, mengulas pertikaian beberapa pihak berhubung keputusan kerajaan Melaka menganugerahkan gelaran Datuk kepada pelakon itu."Kerana Shah Rukh Khan memilih Malaysia untuk membuat filem-filemnya, banyak syarikat perfileman Bollywood lain turut memilih Malaysia untuk membuat filem mereka.

"Beliau juga melahirkan rasa kesalnya dengan bantahan pihak-pihak itu dengan berkata "saya berasa malu apabila anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan dipertikaikan."

Menurut sumber terapat, Kerajaan Negeri sedang membuat persediaan berhubung penganugerahan darjah tersebut kepada bintang Bollywood itu pada 29 Oktober (Rabu depan) dan acara tersebut dapat disaksikan menerusi siaran langsung menerusi saluran Zee, Astro mulai jam 10 pagi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, dengan siaran langsung berkenaan, ianya bukan sahaja boleh disaksikan oleh rakyat di negara ini bahkan di negara India dan seluruh dunia.

"Jadi saya rasa tuan-tuan fikirkan apabila seluruh dunia menonton. Bukankah ianya menarik pelancongan pada masa akan datang? Aktor ini akan datang pada hari yang sama dengan perbelanjaan yang ditanggung sendiri manakala kerajaan negeri hanya menanggung penginapan bintang tersebut hanya selama semalaman sahaja. Beliau akan dibawa melawat ke tempat-tempat menarik sekitar negeri Melaka seperti Menara Taming Sari & Eye Of Malaysia di Bandar Hilir disamping memenuhi beberapa acara bertemu peminat".

Gagento : Yakin bahawa keputusan pemberian anugerah ini besar impaknya daripada cemuhan dan kritikan yang diterima. Walaubagaimanapun sebagai manusia yang 'berani berubah' inilah cabaran yang perlu ditempuh bagi meletakkan Melaka khasnya dan Malaysia amnya di peta dunia. Melaka sebagai Bandar Warisan Dunia perlu berani berubah!

3 comments:

Anonymous said...

NAK TANYA YAH...PATUT KE SHAH RUKH KHAN DAPAT DATUK....APA SUMBANGAN DIA SANGAT BBANDING ORG LAEN.

Anonymous said...

rasa kita yang tak tau apa faedah besar yang kita dapat. Biau anugerah kita world class bukan kampung class.

Anonymous said...

bro...not updated! ali dapat JB handal...