Wednesday 15 October 2008

Najib : "SAYA TIDAK TERLIBAT KES ALTANTUYA"

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dipertik BERNAMA sebagai mengulangi kenyataannya bahawa beliau tidak pernah menyalahgunakan kuasa dengan campur tangan dalam siasatan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu.
Katanya, beliau tidak perlu memberikan sebarang ulasan mengenai khidmat pesanan ringkas (SMS) antara beliau dan seorang peguam terkemuka yang disiarkan oleh sebuah portal berita.
‘‘Saya tidak perlu memberikan sebarang komen mengenai perkara tersebut. Apa yang penting tidak ada sebarang penyalahgunaan kuasa,” katanya ketika ditemui di Parlimen di sini hari ini.
Jelas beliau, apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini adalah memadai.
Gagento merujuk Sebuah portal berita baru-baru ini mendakwa Najib menyalahgunakan kuasa dengan campur tangan dalam siasatan Altantuya.
Abdullah ketika diminta untuk mengulas mengenai perkara itu semalam menolak dakwaan portal berita berkenaan.
Portal berita, Malaysia Today yang dikendalikan oleh Raja Petra Kamaruddin itu mendakwa terdapat mesej komunikasi antara Najib dengan seorang peguam terkemuka yang mewakili Abdul Razak Baginda, salah seorang lelaki yang didakwa bersubahat dengan dua pegawai polis dalam pembunuhan Altantuya serta terlibat di dalam kes pembelian helikopter baru-baru ini.
Sementara itu, Pak Lah berkata beliau akan menemui Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan bagi mendapatkan penjelasan berhubung dengan perkara itu.

8 comments:

Anonymous said...

cik gagento saya ingiatla ehh...biar polis sisat semua tuduhan pd D.Najib tu. Undang-undangkan ada.

Anonymous said...

Ala janganlah kite gosipkan.Xperlu semua perkara karut.

Anonymous said...

mane boleh kalau takder angin pokok bgoyang kena siasat apa kata malaysiatoday

Anonymous said...

Kau biau tul mat.jangan tuduh-tuduh.

Anonymous said...

ada lagi ke criter altantuya tu ehhh...

Anonymous said...

DIA TAU UNDANG-UNDANG SEMUA BOLEH.

Anonymous said...

rasanya x payah kite dok nyibuk citer pasal tpm kite yg bakal jd pm...ni pasal rakyat perpaduan lagi penting sedarla anak bangsaku.

Anonymous said...

BETUL...NIE PEMBANGKANG YANG BUAT ONAK LA NIE.