Friday, 10 October 2008

MOHD ALI berkaliber sebagai Timbalan Presiden UMNO

Naib Presiden UMNO yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, mengesahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO berikutan kekosongan yang berlaku setelah Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Perdana Menteri hari ini membuat pengumuman rasmi tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan tertinggi parti, Mac tahun depan. Abdullah mengumumkan keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti Mac tahun depan selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Kuala Lumpur, semalam.

Pengumuman tersebut juga bermakna memberi ruang kepada Timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang juga Timbalan Perdana Menteri bertanding mengisi jawatan Presiden UMNO. Sementara itu kesemua enam Bahagian UMNO di Negeri ini sebulat suara menyokong penuh keputusan Mohd Ali selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri bertanding mengisi kekosongan kerusi Timbalan Presiden sepertimana hasrat yang disuarakan oleh beliau pada 4 Oktober lalu. Pemimpin-pemimpin yang dihubungi turut berikrar mencalonkan Mohd Ali bagi kerusi nombor dua itu dalam mesyuarat perwakilan Bahagian masing-masing yang bermula 12 Oktober ini. Mereka juga sepakat untuk bekerja keras bagi memastikan kemenangan Mohd Ali menduduki kerusi nombor dua tertinggi dalam hirarki UMNO itu. Mohd Ali disifakan layak menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden sekaligus mencerminkan keikhlasan Naib Presiden UMNO itu untuk meneruskan kesinambungan agenda perjuangan agama, bangsa dan negara berdasarkan pengalaman serta trek rekod yang dimiliki selama ini. Kata mereka lagi, kedudukan Mohd Ali selaku Naib Presiden UMNO terkanan sememangnya mewajarkan beliau untuk mencuba peluang bertanding di kerusi nombor dua bagi membantu Presiden kelak dalam memperkasakan lagi UMNO menghadapi cabaran, terutama Pilihan Raya Umum Ke-13.
(Sumber : Melaka Hari ini, 8 ktober 2008)

Gagento : Dengan pengalaman mentadbir Negeri, pengalaman di Pusat samada dalam parti dan pentadbiran rasanya tibalah masa DAR yang sentiasa 'patuh & taat' dengan parti/ kepimpinan menawar diri ke jawatan lebih tinggi dengan mengambilkira hierarki dalam UMNO (Naib Presiden UMNO) dan tugas-tugas sebagai Pengerusi Biro Keahlian & Latihan UMNO Malaysia yang telah dilakukan dengan baik sehingga ahli UMNO bertambah ke angka 2 juta orang. Biarlah perwakilan dengan 'kebijaksanaan' membuat keputusan.
Dengan track-record menaikkan Melaka ke Arah Melaka Maju menjelang 2010, membasmi kemiskinan Negeri, PPRT, Ekonomi Negeri serta misi memulihkan UMNO - Parti Menguasai Kerajaan, Gagento memilih Mohd Ali tokoh terbaik berganding dengan Mohd Najib.

No comments: