Wednesday 29 October 2008

Ali Rustam : Jangan persoal hak Melayu

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mahu MCA menghentikan desakan kepada kerajaan supaya menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera dalam syarikat senaraian awam. Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, perkara itu juga sepatutnya tidak perlu dibangkitkan ketika ini kerana boleh mencetuskan lebih banyak pergeseran dan salah faham sesama pemimpin dan rakyat berbilang kaum di negara ini.

"Janganlah persoalkan hak istimewa orang Melayu kerana tiada faedahnya. Lebih baik semua kaum bermuafakat dan saling bantu membantu jika ada masalah," katanya.
"Saya berharap pemimpin parti komponen BN dapat mencadangkan bagaimana untuk menambah serta memperbesarkan kek ekonomi dan bukannya berbincang mengenai kuota yang ada pada kaum lain," katanya di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai kelmarin yang meminta kerajaan memansuhkan pegangan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat senaraian awam.
Gagento : Suara Melayu perlu bersatu padu mendesak pemimpin-pemimpin Cina ini lebih berhati-hati dengan isu melibatkan orang Melayu. Hanya kerana ingin memenangi hati kaum mereka kerana kemerosotan sokongan, nilai persahabatan dan sentimen diketepikan.

Misi Penjenamaan Semula UMNO, Biar Parti Kuasai Kerajaan : Ali Rustam

Calon Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, konsep parti menguasai kerajaan perlu diamalkan semula untuk mengembalikan sokongan ahli UMNO kepada parti itu.
Katanya, ahli-ahli UMNO akar umbi merasa kecewa kerana banyak cadangan dan kehendaknya tidak dilaksanakan oleh parti dan rakyat akhirnya merasakan mereka tidak dapat menentukan dasar kerajaan.

Beliau berkata, mereka menyokong UMNO seperti yang digambarkan melalui slogan, manifesto dan janji tetapi jika itu semua tidak dilaksanakan, ia akan menggugat parti dan BN dalam pilihanraya umum.
Katanya, sistem sekarang sebaliknya ditentukan oleh kerajaan dan UMNO menurut apa yang ditetapkan oleh kerajaan.

"Keadaan ini telah menyebabkan keyakinan ahli-ahli UMNO kepada parti kurang kerana agenda dan manifesto parti tidak dilaksanakan secara berkesan. "Keputusan parti perlu dilaksanakan dan jika ini dilakukan kita boleh menyelesaikan banyak masalah."Jika Barisan Nasional (BN) ingin meyakinkan semula orang Melayu konsep parti menguasai kerajaan perlu dilihat dengan serius," kata Ketua Menteri Melaka itu, dalam temubual dengan media di ibu negara, Rabu lalu.
Mohd Ali, yang kini merupakan Niab Presiden UMNO, menawarkan jawatan nombor dua dalam pemilihan Mac tahun depan susulan keputusan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO. Daripada kuota 39 pencalonan untuk layak bertanding, beliau mendapat 23 sokongan di belakang seorang lagi Naib Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi mendahului Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Mohd Taib (17 pencalonan).

Mohd Ali berkata, beliau mahu dasar-dasar yang telah diputuskan oleh UMNO dilaksanakan secara berkesan untuk membantu orang Melayu. Beliau juga mempersoalkan sebab dasar pembangunan untuk membantu orang Melayu tidak dilaksana supaya pemilikan aset orang Melayu mencapai 30 peratus seperti sasaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) hampir 40 tahun lepas."Kita hanya menguasai 19 peratus sedangkan kita ada kuasa dan keputusan kabinet dan parlimen sudah dibuat. Mengapa tidak dilaksanakan. "Dasar kita semua baik tetapi semua keputusan mesti dilaksanakan. Misalnya orang merungut mengenai peranan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) dan kelambatan sistem penyampaian."Kalau kita (parti) kata GLC tolong, GLC mesti tolong kerana ini suara parti."

Saya nak beri contoh UDA (Lembaga Pembangunan Bandar), dah berapa kali dalam Perhimpunan Agung kita kata mesti tolong pemilikan tanah orang Melayu dalam bandar."Kita dah bincang dan kita dah buat keputusan tetapi belum buat lagi. Patut bincang sebulan dua sahaja, perhimpunan nak datang lagi belum buat lagi."Siapa yang berkuasa parti atau pegawai atau kerajaan. Bukan kita nak ambil kedudukan pegawai kita, tetapi kita nak dilaksanakan secara berkesan."Buatlah dalam masa munasabah bukannya mengambil masa bertahun-tahun kerana ini boleh hilang kerajaan," katanya lagi.

Gagento : Melihat sudah sampai masanya ahli parti memikirkan bahawa misi 'rebranding' UMNO yang dibawa beliau adalah langkah berkesan transformasi UMNO menjelang PRU akan datang. Maka sebagai rakyat, Gagento tertarik misi beliau.

Friday 24 October 2008

DPM Najib accepts Malaysiakini's apology


Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today accepted the apologies of the editor and reporter of Internet news portal Malaysiakini over an article alleging that he had issued a manifesto to back his bid for the number one post in UMNO.
The UMNO Deputy President said the Malaysiakini journalist, Wong Choon Mei, had acted responsibly by tendering her resignation.“I would like to say that I accept the apologies or the decision of the Malaysiakini editor to apologise for the totally false report which purported that the manifesto was issued by me. “Secondly, the journalist who resigned had shown a high degree of professionalism because she had taken full responsibility for the story which was totally false,” he told reporters at the Parliament lobby here today.

Yesterday Wong, who had been with the news portal for three months, resigned to take full responsiblity for the error in the report.
She had used information from an e-mail from a purported “Najib Support Group" in the report published on Sunday without verifying with the deputy prime minister’s department.Najib said the question that arose from the false report was who had concocted the story.“The real culprit is still hiding... we don’t know who is responsible for the story,” he said.Asked whether it was an orchestrated move to put him in bad light, he said: “It doesn’t matter. I may have to put up with all this until March (when the Umno elections will be held).

Asked whether he would take legal action on the matter, he said he would leave it to authorities to decide and was satisfied on the basis of the apologies by the editor of Malaysiakini and the journalist concerned who have taken full responsibility. Stating that nobody liked those types of baseless attacks and allegations which were totally unfounded, he called upon Malaysians not to be duped by such attempts.

Gagento : The journalist, Wong Choon Mei had acted responsibility & resign! Good action.

GPMS sokong saranan Sultan Azlan Shah

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyokong dan bersetuju dengan cadangan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya pelajaran mengenai kontrak sosial diperkenalkan di institusi-institusi pendidikan di negara ini.
Presidennya, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, cadangan Sultan Azlan wajar dilaksanakan segera kerana apresiasi dan gerak rasa sejarah (sense of history) amat penting untuk melahirkan sebuah bangsa yang berjaya.
Beliau berkata, fakta sejarah tidak boleh diubah-ubah mengikut kehendak dan kemahuan sendiri serta diangkat secara songsang untuk mencapai maksud yang sempit dan kecil.
''Peristiwa yang berlaku kebelakangan ini wajar memberikan kita iktibar bahawa wujud segelintir individu yang sanggup menyongsangkan fakta sejarah untuk mencapai kepentingan peribadi yang dangkal," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Sementara itu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Cawangan Ayer Keroh hari ini menyokong penuh keputusan Majlis Raja-Raja Melayu yang meminta semua pihak tidak mempertikaikan dan mempersoalkan kontrak sosial apatah lagi menyemak semula atau mengubahnya kerana ia menjadi asas utama pembentukan negara ini.

Yang Dipertuanya, Mohd Marwan Abu Kasim berkata, kaum bukan Melayu di negara ini diminta menerima penjelasan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Raja-Raja berhubung dengan kekeliruan rakyat berkenaan Kontrak Sosial agar dapat mewujudkan suatu suasana yang hormat menghormati di kalangan rakyat serta terus mewujudkan kestabilan ekonomi dan sosial untuk terus hidup dalam suasana yang harmoni. Katanya, kaum-kaum lain di negara tidak perlu bimbang tentang kedudukan mereka kerana hak sah mereka dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagan Persekutuan, katanya selepas Mesyuarat Agong GPMS Cawangan Ayer Keroh.

”Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara ini telah menimbulkan kegusaran dan kegelisahan di kalangan rakyat. Oleh kerana itu, telah berlaku tindak balas terutama di kalangan pemimpin-pemimpin melayu, sama ada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak-pihak yang membuat kenyataan dan laporan serta menganjurkan forum-forum berkenaan," katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada orang-orang melayu supaya bersatu padu untuk mepertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum lain di Malaysia seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bina masjid Cina di Kuala Lumpur

Ahli Parlimen pembangkang, Zulkifli Noordin (PKR-Kulim/Bandar Baharu) mencadangkan agar kerajaan membina sebuah masjid Cina di pusat bandar Kuala Lumpur dengan segala aktivitinya termasuk kuliah dan khutbah Jumaat disampaikan dalam Bahasa Mandarin. Masjid tersebut katanya, boleh didirikan di kawasan tapak bekas Penjara Pudu berhampian kawasan penjaja dan perniagaan Cina di Bukit Bintang.
Menurutnya, masjid seperti itu juga banyak terdapat di Surabaya, Indonesia iaitu Masjid Cheng Ho yang dibina khas untuk masyarakat Cina Islam dan menurut sumber binaannya juga haruslah dibina mengikut senibina Cina.
Tambah beliau, khutbah Jumaat kelak dicadangkan agar menggunakan bahasa Mandarin sebagai perantaraan kepada jemaah.
Gagento : Cukup bersetuju & percaya perkara ini amat bermanfaat bagi diteruskan agar masyarakat Cina yang ingin mendekati Islam secara dekat dan akhirnya Islam dapat digambarkan sebagai agama yang bukan ekstrem.

Tun Mahathir : Saya sokong 'Datuk' untuk Shah Rukh Khan


Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan penganugerahan Darjah Kebesaran Kerajaan Negeri Melaka, DMSM yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon terkenal Shah Rukh Khan atas jasa-jasanya mempromosikan Malaysia melalui filem-filemnya. Bekas Perdana Menteri itu berkata bintang Bollywood itu "lebih berjasa" daripada beberapa tokoh negara luar yang pernah diberikan anugerah dan pingat kebesaran Malaysia.
Menurut beliau lagi, Shah Rukh Khan antara pelakon tersohor yang berminat membuat filem di negara ini selepas ditawarkan olehnya sehingga Malaysia menjadi destinasi pembikinan filem beberapa lagi syarikat dari Mumbai."Saya telah usaha untuk menarik syarikat-syarikat perfileman Bollywood untuk membuat filem di sini kerana ia akan memperkenalkan Malaysia bukan sahaja kepada penonton filem di India tetapi di Eropah juga.

"Tujuannya ialah untuk menarik pelancong ke Malaysia."Antara yang sambut jemputan saya ialah Shah Rukh Khan. Dia amat tertarik dengan pemandangan di Malaysia.

"Banyaklah filemnya yang mempunyai latar tempat-tempat yang menarik di Malaysia," kata Dr Mahathir di blognya http://www.chedet.com/ hari ini, mengulas pertikaian beberapa pihak berhubung keputusan kerajaan Melaka menganugerahkan gelaran Datuk kepada pelakon itu."Kerana Shah Rukh Khan memilih Malaysia untuk membuat filem-filemnya, banyak syarikat perfileman Bollywood lain turut memilih Malaysia untuk membuat filem mereka.

"Beliau juga melahirkan rasa kesalnya dengan bantahan pihak-pihak itu dengan berkata "saya berasa malu apabila anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan dipertikaikan."

Menurut sumber terapat, Kerajaan Negeri sedang membuat persediaan berhubung penganugerahan darjah tersebut kepada bintang Bollywood itu pada 29 Oktober (Rabu depan) dan acara tersebut dapat disaksikan menerusi siaran langsung menerusi saluran Zee, Astro mulai jam 10 pagi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, dengan siaran langsung berkenaan, ianya bukan sahaja boleh disaksikan oleh rakyat di negara ini bahkan di negara India dan seluruh dunia.

"Jadi saya rasa tuan-tuan fikirkan apabila seluruh dunia menonton. Bukankah ianya menarik pelancongan pada masa akan datang? Aktor ini akan datang pada hari yang sama dengan perbelanjaan yang ditanggung sendiri manakala kerajaan negeri hanya menanggung penginapan bintang tersebut hanya selama semalaman sahaja. Beliau akan dibawa melawat ke tempat-tempat menarik sekitar negeri Melaka seperti Menara Taming Sari & Eye Of Malaysia di Bandar Hilir disamping memenuhi beberapa acara bertemu peminat".

Gagento : Yakin bahawa keputusan pemberian anugerah ini besar impaknya daripada cemuhan dan kritikan yang diterima. Walaubagaimanapun sebagai manusia yang 'berani berubah' inilah cabaran yang perlu ditempuh bagi meletakkan Melaka khasnya dan Malaysia amnya di peta dunia. Melaka sebagai Bandar Warisan Dunia perlu berani berubah!

Sunday 19 October 2008

Ali Rustam tetap tanding Timbalan Presiden


MELAKA: Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata beliau tidak akan menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dan yakin mampu memperoleh cukup pencalonan menjelang berakhirnya pemilihan peringkat bahagian parti, 9 November ini.

Beliau yang kini Naib Presiden UMNO berkata demikian mengulas desas-desus bahawa beliau mungkin memikirkan semula tindakannya menawarkan diri bertanding jawatan nombor dua dalam UMNO itu. Beliau ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Katil, di sini, pagi ini.
Sehingga berita ini ditulis beliau telahpun mendapat 9 pencalonan : Parit Buntar, Kota Kinabalu, Kota Melaka, Bandar Tun Razak, Segambut, Bukit Katil, Alor Gajah, Masjid Tanah dan Tapah.
Gagento : Bagilah peluang pada beliau tunjukkan kemampuan seperti mana beliau memajukan Melaka. Rasionalnya jangan terikut-ikut emosi Datuk Seri Nazri.

Thursday 16 October 2008

UMNO : Tempoh kempen terlalu lama - MUHYIDDIN

Tempoh kempen selama empat bulan untuk pemilihan Umno adalah terlalu lama dan ia boleh menjejaskan produktiviti calon terutama yang mempunyai portfolio dalam kerajaan, kata Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Saya berkata demikian kerana ramai yang lain turut berkongsi kebimbangan yang sama kerana mungkin akan wujud isu politik wang dan merugikan daripada segi tenaga dan sumber dana,” katanya semasa ditanya tempoh kempen yang lama bagi pemilihan UMNO Mac depan.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan serantau Eisenhower Fellowships di sini hari ini.
Muhyiddin berkata, ini merupakan kali pertama tempoh berkempen yang paling lama iaitu selama empat bulan berbanding sebulan sebelum ini kerana untuk memenuhi pelan peralihan kuasa di antara Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada Mac depan.
“Terdapat kebimbangan di kalangan calon-calon yang bertanding jawatan kerana buat pertama kalinya tempohnya adalah yang paling lama. Tidak pernah berlaku sebelum ini tempoh berkempen selama empat bulan, kerana kita semua mahu memenuhi pelan peralihan kuasa,” katanya.
Semasa ditanya sama ada adakah tarikh pemilihan itu wajar dipercepatkan dari Mac 2009, beliau berkata: “Saya fikir saya mahu serahkannya kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Saya tidak mahu cadangkan apa-apa sebab sesetengah orang cakap yang Muhyiddin sekarang ni terlalu banyak bercakap.

Gagento : Kewajaran pandangan ini juga harus diambil kira. Kesibukan berkempen merugikan calon dan memberi kesan pada pentadbiran.

Wednesday 15 October 2008

Najib : "SAYA TIDAK TERLIBAT KES ALTANTUYA"

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dipertik BERNAMA sebagai mengulangi kenyataannya bahawa beliau tidak pernah menyalahgunakan kuasa dengan campur tangan dalam siasatan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu.
Katanya, beliau tidak perlu memberikan sebarang ulasan mengenai khidmat pesanan ringkas (SMS) antara beliau dan seorang peguam terkemuka yang disiarkan oleh sebuah portal berita.
‘‘Saya tidak perlu memberikan sebarang komen mengenai perkara tersebut. Apa yang penting tidak ada sebarang penyalahgunaan kuasa,” katanya ketika ditemui di Parlimen di sini hari ini.
Jelas beliau, apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini adalah memadai.
Gagento merujuk Sebuah portal berita baru-baru ini mendakwa Najib menyalahgunakan kuasa dengan campur tangan dalam siasatan Altantuya.
Abdullah ketika diminta untuk mengulas mengenai perkara itu semalam menolak dakwaan portal berita berkenaan.
Portal berita, Malaysia Today yang dikendalikan oleh Raja Petra Kamaruddin itu mendakwa terdapat mesej komunikasi antara Najib dengan seorang peguam terkemuka yang mewakili Abdul Razak Baginda, salah seorang lelaki yang didakwa bersubahat dengan dua pegawai polis dalam pembunuhan Altantuya serta terlibat di dalam kes pembelian helikopter baru-baru ini.
Sementara itu, Pak Lah berkata beliau akan menemui Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan bagi mendapatkan penjelasan berhubung dengan perkara itu.

Hindraf Pertubuhan Haram

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini mengisytiharkan Hindraf adalah sebuah pertubuhan haram yang menyalahi undang-undang. Pengisytiharan itu diwartakan berkuatkuasa hari ini setelah berpuas hati dengan segala fakta dan bukti bahawa Hindraf telah dan sedang digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak, katanya dalam satu kenyataan.

"Berdasarkan kuasa di bawah Sekyen 5(1) dan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335), diisytiharkan Hindraf adalah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang," katanya dalam laporan Bernama hari ini. Beliau berkata perintah itu dibuat hasil pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri mengenai kegiatan-kegiatan pertubuhan tersebut yang telah dijalankan sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang. Hasil siasatan mendapati pertubuhan itu bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan boleh memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai-nilai moral di Malaysia.

Syed Hamid berkata sekiranya tidak dibendung, Hindraf akan terus mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara malah menjejaskan keharmonian hidup berbilang kaum."Tindakan pengharaman yang diambil bukannya berasaskan kepada satu atau dua kegiatan pertubuhan yang menyalahi peraturan dan undang-undang tetapi meliputi rentetan semua kegiatan dan aktiviti yang telah dilakukan sejak pertubuhan ini diwujudkan," katanya. Syed Hamid berkata Hindraf mempunyai ciri-ciri sebagai sebuah pertubuhan kerana telah mengemukakan permohonan pendaftaran pada 16 Oktober tahun lalu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Permohonan itu, katanya, belum diluluskan tetapi pertubuhan tersebut telah bergerak aktif dengan menganjurkan beberapa perhimpunan awam dan demontrasi tanpa permit dan mengeksplotasi isu-isu perkauman sehingga mencetuskan kebangkitan penentangan sebahagian keturunan India terhadap kerajaan dan menimbulkan kebencian di antara orang-orang Melayu dan India di negara ini.

"Hindraf juga telah berusaha mendapatkan sokongan dari negara asing bagi memberi tekanan kepada kerajaan supaya tunduk kepada tuntutan-tuntutan mereka. Kegiatan dan aktiviti ini telah memberi kesan buruk pada imej negara," katanya. Syed Hamid menasihati orang ramai agar tidak melibatkan diri dalam apa cara sekalipun dalam kegiatan Hindraf yang diharamkan itu.


Gagento : Syukur kepada Allah. Sokongan dan pujian pada tindakan kerajan ini demi melihat kemakmuran dan keamanan yang telah dikecapi. Janganlah sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Rujuk kata-kata YB Pasir Mas-Bebas. Adakah merujuk kepada human right kita boleh buat sesuka hati kita dalam segala hal. Langgar traffic-light, buat segala macam yang boleh memudaratkan? Apa yang terlintas di fikiran ialah hapuskanlah segala ancaman bahaya kepada NEGARA!

Mukhriz di 8 negeri : Seruan BERANI BERUBAH


Selepas 72 Pemuda Umno bersidang setakat ini, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendahului pencalonan bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia di lapan buah negeri. Pada keseluruhannya, Mukhriz memperoleh sejumlah 40 pencalonan dan melepasi jumlah - 39 pencalonan - untuk bertanding jawatana tersebut. Manakala pesaing terdekat, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendapat 19 pencalonan dan hanya mendahului di satu negeri sahaja, iaitu Kelantan.

Malah, pencalonan bagi jawatan ketua Pemuda di Negeri Sembilan yang selama ini dianggap pro-Khairy juga berpihak kepada Mukhriz. Sehingga ini, semua tiga pencalonan dari negeri tersebut - Rasah, Jelebu dan Jempol - memihak kepada Mukhriz. Manakala di Perak-juga dianggap 'team-up pro-Khairy-beliau dan Mukhriz masing-masing mendapat empat peencalonan. Negeri-negeri lain yang memihak kepada Mukhriz ialah Kedah, Terengganu, Sabah, Pahang, Pulau Pinang dan Johor. Mukhriz mendapat kesemua lima pencalonan dari Kedah setakat ini manakala Khairy pula menguasai kesemua empat pencalonan di Kelantan setakat ini.

Khir Toyo mendahului di Selangor

Dua lagi calon jawatan Pemuda Umno ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang setakat ini mendapat 12 pencalonan. Manakala Timbalan Ketua Badan Perhubungan UMNO Perlis yang juga Ketua UMNO Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abdidin mendapat satu pencalonan dari bahagiannya. Di Perak pula, Mukhriz dan Khairy masing-masing mendapat empat pencalonan manakala Dr Mohd Khir mendapat dua pencalonan. Di Pulau Pinang, Mukhriz mendapat empat pencalonan, manakala Khairy dan Dr Mohd Khir Toyo masing-masing satu pencalonan.
Di Johor pula, daripada 12 pencalonan bagi jawatan Ketua Pemuda, Mukhriz mendapat lapan pencalonan, Khairy (3) dan Dr Mohd Khir (1).Manakala di Pahang, Mukhriz mendapat empat pencalonan dan Khairy mendapat dua pencalonan. Di Sabah, daripada pencalonan bagi jawatan Ketua Pemuda, Mukhriz mendapat enam pencalonan, Khairy (3) dan Dr Mohd Khir (1).Sementara itu, Dr Mohd Khir mendahului pencalonan di Selangor dengan mendapat empat pencalonan, Mukhriz (3) dan Khairy (1).
Gagento : UMNO semakin matang. Kini melalui perubahan berani yang terbesar bagi menghadapi PRU-13. Adakah UMNO akan relevan pada bangsa Melayu nanti, semuanya kini di tangan perwakilan PAT UMNO nanti.

Harga minyak turun lagi

Hari ini Kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit minyak petrol dan diesel berkuatkuasa tengah malam ini. Harga petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen seliter dari RM2.45 kepada RM2.30 seliter; Manakala petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 10 sen seliter dari RM2.30 kepada RM2.20 seliter. Manakala harga diesel akan dikurangkan sebanyak 20 sen seliter dari RM2.40 kepada RM2.20 seliter.
Penurunan harga minyak itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini. Dalam kenyataannya, Pak Lah berkata, kerajaan telah melaraskan harga runcit petrol pada 23 Ogos dan 24 September lalu."Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera," katanya. Menurut Menteri Perdagangan Dalam negeri & Hal Ehwal pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata, kerajaan akan sentiasa melihat prestasi turun naik harga minyak dunia sebelum membuat sebarang keputusan.
Gagento : Harapan terus diberi kepada kerajaan agar sentiasa mengkaji keperluan melihat harga minyak. Bebanan rakyat akan berkurangan dengan perkiraan bijak kerajaan ini. Inilah harapan rakyat pada kepimpinan.

Tuesday 14 October 2008

Sokong tindakan dikenakan terhadap Gerakan

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) masih mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berbau menghina rakyat pribumi. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Razali Ibrahim menengaskan bahawa Gerakan perlu menilai tindakan yang harus dikenakan terhadap Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe yang mengeluarkan kenyataan mempertikaikan asal usul kaum Melayu di negara ini. Beliau berkata, pemimpin berkenaan seharusnya berhati – hati dalam membuat kenyataan terutamanya yang membabitkan isu sensitif terutama melibatkan masyarakat. Beliau turut berkata, isu–isu perkauman kini sering dibangkitkan oleh pemimpin dan bukannya rakyat.
''Oleh itu, ahli- ahli politik ini harus bertanggungjawab setiap kali mengeluarkan kenyataan kerana ia hanya akan menimbulkan kemarahan rakyat,'' katanya. Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shafie Apdal berpendapat setiap pemimpin perlu dibekalkan dengan ilmu supaya dapat memahami budaya kaum lain di negara ini. Pengkiritik, Dato' Prof. Dr. Zainal Kling menegaskan bahawa, penduduk asal termasuk seluruh Kepulauan Melayu (Riau, Sumatera, Filipina, Indonesia, Malaya) dahulu semuanya ialah orang-orang Melayu Asli.

Gagento : Harus ingatkan diri sendiri bahawa orang melayu merupakan penduduk asal Malaya. Yang baiknya, orang Melayu boleh berkongsi hak pribumi. Janganlah kita buta sejarah atau buat-buat lupa asal usul sejarah. Rujuklah Sejarah Melayu karya Tun Sri Lanang. Setidak-tidaknya, akuilah kita semuanya 'menumpang'.

Letter questions 'shady' chopper deal

Latest : Another scandal appears to be hovering over the Defence Ministry and this time it concerns the purchase of helicopters to replace the armed forces’ outdated and accident-prone fleet of Nuri aircraft.The issue was highlighted in two letters last week - dated Oct 7 and 9 respectively - addressed to former defence minister Najib Abdul Razak, who is also deputy prime minister and finance minister.In a five-page letter obtained by Malaysiakini, Mentari Services Sdn Bhd chairperson Capt (rtd) Zahar Hashim outlined several discrepancies and questioned the legitimacy of the deal to buy a dozen of choppers from German-French firm Eurocopter.Among others, he stated in another letter on Oct 9 - which bore corrections to the prices stated in the first letter - that the government could have purchased double the number of helicopters and still save almost RM1.5 billion.

KRISIS KEWANGAN : Soros bidas AS, Eropah

Penyangak matawang, George Soros semalam membidas Amerika Syarikat (AS) dan Eropah kerana lambat bertindak menangani krisis kewangan global.
Beliau berkata, Setiausaha Perbendaharaan AS, Henry Paulson jelas sangat lambat bertindak dan enggan mengambil tindakan ke atas krisis itu kerana beliau “seorang fundamentalis pasaran”.
“Ini merupakan krisis kewangan paling buruk dalam hidup saya. Saya tidak pernah menyaksikan keadaan seperti ini sebelum ini dan saya tidak mungkin menyaksikannya lagi.
“Para pengurus kewangan merupakan pihak yang bertanggungjawab ke atas malapetaka ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada mesyuarat Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) di sini. - AP

Gagento : Inilah sikap manusia sentiasa mencari kesilapan orang. Dulunya pun Soros lah punca krisis matawang di Asia dengan hanya spekulasi.

Pembangkang Bagi TARIKH BARU TUBUH KERAJAAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menganggap tarikh baru menjelang Disember bagi Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan yang di'uar-uarkan' sebelum ini sebagai karut dan membuang masa.
Perdana Menteri berkata beliau tidak nampak sebarang sebab untuk anggota Barisan Nasional (BN) meninggalkan gabungan itu dan menyertai Pakatan Rakyat.
“Barisan Nasional ialah pemenang dalam pilihan raya umum lepas dan kami ada kerja yang perlu dibuat. Mungkin ada perbezaan pendapat di antara kami dan sesetengahnya bukan mudah untuk diselesaikan tetapi hakikatnya ialah kami telah diberikan amanah oleh rakyat.

“Kami membentuk kerajaan yang kuat dan kami akan terus lakukan apa yang kami mampu untuk membangunkan negara. Ini adalah satu peluang bagi parti, jadi kenapa pula ada yang mahu meninggalkan parti?” kata Abdullah. Perdana Menteri yang ditemui selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Rantau AS-Islamik Dunia di sini berkata demikian kepada pemberita yang menghadiri sidang akhbar selepas itu berkata demikian selepas diminta mengulas tarikh baru yang ditetapkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merampas kuasa daripada BN.
Selepas gagal mengambil alih kerajaan pada tarikh 16 Sept seperti disasarkan sebelum ini, Anwar menetapkan 8 Dis sebagai tarikh baru dan mendakwa beliau mempunyai cukup bilangan anggota Parlimen BN yang akan berpaling tadah untuk menyertainya untuk membentuk kerajaan sebelum Hari Raya Haji yang dijangka disambut pada tarikh itu.
“Semuanya karut tetapi tetap mencanangkan perkara itu kerana itu merupakan satu-satunya cara beliau mendapatkan perhatian. Saya fikir anda semua hanya membazirkan masa anda semua,” kata Abdullah.

Gagento : Banyak perkara membangunkan minda dan bangsa Melayu yang harus diteruskan oleh wakil kepada rakyat. Jangan memperjudikan bangsa dan negara!

'TEORI RAHMAN" - apakah berlaku?

Rancangan penyerahan kuasa UMNO kepada Datuk Seri Najib Razak akan melengkapkan "teori Rahman" yang dianggap satu kaedah menjelaskan usaha mencari bakal Perdana Menteri Malaysia. Sekurang-kurangnya sejak 20 tahun lalu, tokoh atasan Umno termasuk mereka yang berusaha mencapainya berharap keberkatan teori ini membawa tuah kepadanya atau pemimpin pilihan mereka. Suatu waktu dahulu penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap A pada "teori" yang diambil pada nama Perdana Menteri pertama itu Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj melengkapkan sebahagian misteri peralihan pucuk pimpinan negara.

Bagaimanapun, sehingga kini, masih tidak jelas sejak bila teori ini mula-mula dikemukakan dan siapakah yang memperkenalkannya sehingga berjaya menangkap khayalan peminat tegar politik negara ini.
Pengamat-pengamat politik semuanya tidak dapat mengesan tarikh tepat ia mula diperkenalkan tetapi umumnya bersetuju ia muncul pada zaman 1980-an, awal pentadbiran Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad. Namun mereka sepakat hanya satu nama dalam urutan teori itu, yang asalnya diramal jatuh kepada Anwar, tidak menjadi kenyataan.

Siasah

Ketua pengarang Mingguan Siasah, Mohd Sayuti Omar percaya teori Rahman mula-mula dikemukakan oleh penulis politik Ikhwan Nasir dalam tabloid Mingguan Tanah Air pada pertengahan dekad itu."Boleh jadi juga beliau (Ikhwan) yang memulakannya. Beliau memang suka menggunakan akronim seperti 'jubir' bagi jurubicara rakyat dan 'kadun' bagi Kawasan Dewan Undangan Negeri," katanya, yang pernah menulis untuk tabloid itu. Ikhwan, juga bekas ahli Parlimen Pontian dan juga bekas Setiausaha Politik Tun Musa Hitam, pemilik akhbar politik yang diterbitkan oleh syarikatnya SIR Sdn Bhd. Teori itu, menurut Mohd Sayuti yang mengenali secara peribadi Ikhwan, sangat berpengaruh pada waktu itu sehingga ada tokoh politik terkenal mempercayainya."(Bekas Menteri Besar Kedah) Tan Sri Sanusi Junid pernah memberitahu saya, nama beliau sebenarnya bermula dengan Mohamad," katanya merujuk kepada huruf M pada nama Rahman.
Terdapat juga buku politik karya Abd Bashid Harun mengupas teori itu pada pertengahan 1990-an, jelas Mohd Sayuti. Melalui blognya, Abd Bashid mendakwa beliau pertama kali menulis tentang "teori Rahman" di Mingguan Tanah Air sewaktu Umno sedang bergolak antara kumpulan pro-Tengku Razaleigh Hamzah bersama Musa melawan DR Mahathir menjelang pemilihan parti itu 24 April 1987.

"Dalam kesibukan berkempen dan melobi dalam Perhimpunan Agung Umno itu timbullah suara-suara di kalangan perwakilan bahawa baik Tengku Razaleigh ataupun Musa, mereka tidak akan menjadi Perdana Menteri."(Tanggapan) ini semacam satu takdir yang ditetapkan untuk mereka berdua. Sebahagiannya pula menganggap pertandingan melawan Dr Mahathir itu sia-sia sahaja. "Alasan mereka ialah nama Razaleigh dan Musa tidak termasuk dalam susunan nama Rahman itu. "Maka bermula dari situlah bermulanya teori Rahman," tulisnya pada 10 Oktober lalu, dua hari selepas Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan untuk bersara pada Mac tahun depan.

Menurut Abd Bashid - seorang guru di Simpang, Taiping - tulisannya menghuraikan secara terperinci maksud "teori Rahman", termasuk "mengupas agak mendalam tentang kedudukan Abdullah dan Anwar sebagai bakal perdana menteri." Artikelnya itu, kata Abd Bashid, kemudian diulas oleh lidah pengarang akhbar tersebut yang memetiknya sebagai "penulis dari Semanggol (Perak)" memaklumkan bahawa "hanya ada seorang sahaja dari Pulau Pinang yang akan berjaya menjadi Perdana Menteri. Orang itu ialah Pak Lah.

" Penulis kolum veteran Subky Latiff pula berkata, teori itu mula-mula dikemukakan oleh ahli Parlimen Kepala Batas sebelum Abdullah, Saupi Ibrahim."Seingat saya, Saupi yang mula-mula tulis. Lebih kurang 20 tahun dulu," katanya. Tulisan yang dihasilkan oleh bekas duta itu dalam umur persaraannya, kata pemimpin PAS dan penulis kolum Harakah itu, diterbitkan di sebuah akhbar harian dengan gaya popular. Ditanya kenapa idea itu mendapat perhatian rakyat Malaysia, beliau berkata: "Ia menarik. Sedap (dijadikan) hujah."Sementara penulis buku-buku politik terkenal Syed Hussein Alattas mendakwa teori ini muncul pada awal 1990-an. Beliau bagaimanapun tidak pasti siapakah yang memulakannya. Menurutnya, teori itu rancak diperkatakan pada 1990-an apabila Anwar, yang Timbalan Perdana Menteri, dijangkakan menjadi menggantikan Dr Mahathir."Tetapi akhirnya A itu untuk Abdullah," katanya.

Ketiga-tiga mereka percaya teori Rahman "terjadi secara kebetulan" sahaja dan tiada asas ketekalan untuk diyakini bulat-bulat.Namun ia berjaya mempengaruhi orang Melayu termasuk pemimpin politik yang "kuat percaya kepada mitos," kata Mohd Sayuti."Ia memberikan kesan psikologi, mempengaruhi 20-30 peratus perkembangan politik negara. Kalau selalu diulang-ulang, jadi (kenyataan). "Tetapi kita tidak boleh percaya seratus peratus.

"Syed Hussein, juga popular dipanggil Pak Habib, berkata "teori ini tidak logik."Seperti banyak pihak lain, Subky pula mempertikaikan asas penyusunan huruf pertama pada nama-nama pemimpin yang dikatakan memenuhi urutan Rahman. Katanya, bagi Perdana Menteri Pertama, "teori" ini membuang nama awal Abdul untuk menjadikannya sebagai Rahman sahaja, sedangkan tokoh seterusnya menggunakan nama Abdul."Secara popular, Perdana Menteri Pertama disebut penuh sebagai Tunku Abdul Rahman, sedangkan Perdana Menteri Kedua lebih dikenali Tun Razak (tanpa Abdul)," katanya, seorang wartawan berpengalaman sebelum menyertai PAS. Bakal Perdana Menteri yang menduduki huruf keenam dalam "teori Rahman" bermula dengan nama "Mohd Najib" tetapi nama awalnya tidak diambil kira dalam teori popular itu.

Kiriman : Jimadie Shah Othman

Gagento : Pemikir-pemikir Melayu sememangnya hebat-hebat dengan ilham atas izin Allah.

Monday 13 October 2008

Calon Presiden, Timbalan

Najib 28, Muhyiddin 23, Mohd Ali 3, Muhd Taib 2

Dikemaskini : Datuk Najib Tun Razak mendapat 28 pencalonan untuk jawatan Presiden manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan 23 pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden.
Najib merupakan calon tunggal yang dicalonkan untuk jawatan Presiden. Manakala Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut, belum mendapat sebarang pencalonan setakat ini.
Bagi jawatan Timbalan Presiden, selain Muhyiddin, seorang lagi calon 'berwibawa' dari Negeri Hang Tuah, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mendapat tiga pencalonan dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib memperolehi dua pencalonan. Muhamad Taib gagal mendapat
pencalonan Shah Alam.
7.25 malam Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-24 dari Bahagian Shah Alam manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan pencalonan ke-21 untuk jawatan Timbalan Presiden.
Bagi Naib Presiden, bahagian itu mencalonkan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Hishammuddin Hussein dan Datuk Khaled Nordin.
7.10 malam Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-23 dari Bahagian Kota Melaka, manakala Datuk Seri Mohd Ali Rustam mendapatkan pencalonan ketiga untuk jawatan Timbalan Presiden.
Bagi Naib Presiden, Kota Melaka mencalonkan Hishammuddin, Ahmad Zahid dan Syed Hamid. TanSri Rahim gagal dipilih selepas perwakilan mengundi.
6.50 petang Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-22 dari Bahagian Pontian, Johor, yang juga mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan Timbalan Presiden. Muhyiddin kini mendapat 20 pencalonan.
Bagi calon Naib Presiden, bahagian tersebut mencalonkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.
6.50 petang Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-21 dari Bahagian Semporna, Sabah, yang juga mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan Timbalan Presiden. Muhyiddin kini mendapat 19 pencalonan.
Bagi Naib Presiden pula, Semporna mencalonkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Seri Rais Yatim.
6.26 petang Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-20 dari Bahagian Tasek Gelugor, yang juga mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan Timbalan Presiden. Muhyiddin kini mendapat 18 pencalonan.
Bagi jawatan Naib Presiden pula, bahagian tersebut mencalonkan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Seri Shahidan Kassim.
Hishammuddin telah memperolehi 19 pencalonan dan layak bertanding jawatan tersebut. Calon bagi jawatan Naib Presiden diwajibkan memperolehi 10 peratus atau 19 pencalonan dari 191 bahagian UMNO.
6.26 petang Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-19 dari Bahagian Batu Pahat, yang juga mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan Timbalan Presiden. Muhyiddin kini mendapat 17 pencalonan.
Bagi jawatan Naib Presiden pula, Batu Pahat mencalonkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Khaled Nordin dan Datuk Shafie Apdal.
6.00 petang Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-18 dari Bahagian Mersing, yang juga mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan Timbalan Presiden. Muhyiddin kini mendapat 16 pencalonan.
Bagi Naib Presiden, Mersing mencalonkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.
5.55 petang Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-17 dari Bahagian Taiping, Perak, yang juga mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan Timbalan Presiden. Muhyiddin kini mendapat 15 pencalonan.
Bagi Naib Presiden, Taiping mencalonkan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Syed Hamid Albar.
5.50 petang Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-16 dari Bahagian Bagan Serai, Perak, yang juga mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan Timbalan Presiden. Muhyiddin kini mendapat 14 pencalonan.
Bagi Naib Presiden, Bagan Serai mencalonkan Ahmad Zahid, Khalid dan Syed Hamid.
5.25 petang Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-15 dari Bahagian Kota Kinabalu, yang juga mencalonkan Datuk Seri Mohd Ali Rustam bagi jawatan Timbalan Presiden. Mohd Ali kini mendapat dua pencalonan.
Bagi Naib Presiden pula, bahagian tersebut mencalonkan Shafie, Hishammuddin dan Ahmad Zahid.
5.20 petang Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-14 dari Bahagian Rompin, yang turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan Timbalan Presiden. Muhyiddin kini mendapat 13 pencalonan.
Bahagian turut mencalonkan Jamaluddin, Hishammuddin dan Shafie untuk jawatan Naib Presiden.
4.45 petang Bahagian Subang mencalonkan gandingan Najib dengan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Manakala calon Naib Presiden ialah Ahmad Zahid, Hishammudin dan Shafie.
Bahagian Jelebu pula mencalonkan gandingan Najib dan Muhyiddin.
4.00 petang Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-13 dari Bahagian Rasah yang juga mencalon Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan Timbalan Presiden. Muhyiddin kini mendapat 11 pencalonan.
Bagi Naib Presiden, Rasah mencalonkan Mohammad Hassan, Hishammuddin dan Isa Samad.
3.45 petang Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-12 dari Bahagian Beruas yang juga mencalon Tan Sri Muhammad Muhd Taib untuk jawatan Timbalan Presiden.
Beruas turut mencalonkan Zahid, Hishammuddin dan Khalid Nordin untuk jawatan Naib Presiden.
3.40 petang Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan kesebelas dari Bahagian Cheras yang turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan Timbalan Presiden. Muhyiddin kini mendapat 10 pencalonan.
Bagi Naib Presiden, Cheras mencalonkan Hishammuddin, Rais dan Khalid Nordin.

3.30 petang Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan kesepuluh dari Bahagian Kuantan yang turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan Timbalan Presiden. Muhyiddin kini mendapat 9 pencalonan.
Bagi Naib Presiden, Kuantan mencalonkan Hishammuddin, Datuk Jamaluddin Jarjis dan Shahidan.
3.00 petang Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan kesembilan dari Bahagian Pasir Gudang yang turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan Timbalan Presiden. Muhyiddin kini mendapat lapan pencalonan.
Bagi Naib Presiden, Pasir Gudang mencalonkan Khalid Nordin, Hishammuddin dan Zahid.
2.30 petang Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan kelapan pencalonan bagi jawatan presiden dari Bahagian Pagoh, yang turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan Timbalan Presiden. Muhyiddin kini mendapat tujuh pencalonan.
Bagi jawatan Naib Presiden, Bahagian Pagoh mencalonkan, Hishammudin, Rais dan Shafie.
2.20 petang Sehingga ini Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat tujuh pencalonan bagi jawatan Presiden. Manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat enam pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden, manakala Datuk Seri Mohd Ali Rustam mendapat satu pencalonan.

Najib mendapat pencalonan dari Bahagian Bukit Gelugor, Kalabakan , Parit Buntar dan Jempol.
Manakala Tan Sri Muhyiddn Yassin mendapat lima pencalonan sehingga ini, termasuk dari Bahagian Bukit Gelugor, Kalabakan dan Jempol.
Manakala Parit Buntar pula mencalonkan Datuk Seri Mohd Ali Rustam untuk jawatan Timbalan Presiden.
Bagi jawatan Naib Presiden pula, Bukit Gelugor mencalonkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shahidan Kassim. Manakala Kalabakan pula mencalonkan Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Hishammudin.
Bahagian Parit Buntar pula mencalon Zahid, Syed Hamid dan Tan Sri Isa Samad.
Jempol pula mencalonkan Hishammuddin, Isa dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hassan.

Gagento : Kagum. Walaupun memetik kata Tun DrM, pesaing-pesaing jawatan macam 'PAK LAWAK' inilah keterbukaan UMNO menjelang perubahan baru. Apapun Gagento melihat senario ini mencerminkan demokrasi UMNO memilih yang terbaik di kalangan yang terbaik demi masa depan anak bangsa.

Presiden : PM mahu UMNO pilih Najib

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini meminta ahli UMNO memberikan sokongan kepada Timbalannya Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden parti itu yang baru pada pemilihan Mac depan.
"Saya nak Datuk Seri Najib mengganti saya, saya nak supaya anggota-anggota parti beri sokongan kepada beliau dan saya percaya beliau boleh jadi pemimpin yang baik," kata Perdana Menteri selepas menyampaikan ucaptama di Forum Serantau Amerika Syarikat dan Dunia Islam di Kuala Lumpur.
Tambahnya, lapor Bernama, beliau gembira dengan keputusan yang dibuat oleh 28 bahagian UMNO yang bermesyuarat setakat ini untuk mencalonkan Najib sebagai Presiden parti. "Sudah tentu saya perlu gembira kerana mereka menyokong beliau. Itu adalah baik," katanya. Menjawab soalan berhubung dakwaan laman web Malaysia Today bahawa Najib telah menyalahguna kuasa dan campur tangan dalam siasatan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibu, Abdullah berkata beliau tidak percaya Najib telah menyalahguna kuasanya."Saya tidak percaya Datuk Seri Najib mahu untuk salah guna kuasa, jika beliau seorang yang cenderung untuk menyalahguna kuasa, kalau begitu bagaimana beliau akan menjadi pengganti saya. Saya percaya dengan beliau, saya percaya beliau seorang yang baik dan akan menjadi Perdana Menteri yang baik dan mampu untuk memberikan kepimpinan yang baik, jadi saya tidak percaya beliau terlibat dalam salah guna kuasa," kata Abdullah.

Laporan di blog itu memperincikan dakwaan pertukaran mesej teks SMS di antara Najib dan Datuk Shafee Abdullah, Peguam terkemuka yang mewakili Abdul Razak Baginda sebelum didakwa bersubahat dengan dua Pegawai Polis dalam pembunuhan Altantuya.

Gagento : Apapun tohmahan biarlah ada asasnya supaya undang-undang yang mengadili. Bukan kita yang buat tafsiran dan jatuhkan 'hukuman' sendiri.
Malaysiakini.com, Oct 13, 08 2:34pm


Sunday 12 October 2008

Najib perlu pastikan tidak dikelilingi kroni, keluarga: Dr M

MELBOURNE: Datuk Seri Najib Razak perlu memastikan dirinya tidak dikelilingi kroni dan anggota keluarga apabila beliau menjadi Perdana Menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, hari ini. "Beliau juga patut mendapatkan nasihat daripada beberapa bekas Ahli Parlimen dan pakar mengenai urusan mentadbir negara," kata bekas perdana menteri itu selepas berucap pada seminar belia Malaysia di University of Melbourne.

"Banyak kerja perlu dilakukan untuk memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadap kerajaan," katanya.
"Tetapi Najib tidak patut cuba melakukan semuanya sendirian. Beliau perlu mendapatkan nasihat yang betul daripada mereka yang benar-benar layak. "Beliau tidak sepatutnya dikelilingi oleh kroni dan anggota keluarga kerana ini tidak baik untuk negara." Dr Mahathir, bagaimanapun, tidak mengenal pasti mereka yang berkenaan.
Beliau berkata Najib, timbalannya, UMNO dan rakan parti komponen perlu bekerja keras sebagai satu pasukan untuk memenangi sokongan rakyat terhadap kerajaan yang mengalami tamparan pada pilihan raya umum lalu. "Undi yang kita hilang merupakan undi protes. Rakyat Malaysia tidak gembira dan ini diterjemahkan melalui peti undi," katanya. Dr Mahathir berkata sebilangan rakyat berpendapat kerajaan telah menjadi angkuh dan tidak memenuhi keperluan mereka. "Sesetengah anggota Parlimen berpendapat, sebaik sahaja dipilih dan diberikan jawatan Menteri, mereka tidak perlu lagi balik ke kawasan mereka dan bercakap dengan rakyat dan mengetahui apa yang perlu dilakukan dan menjelaskan dasar-dasar kerajaan," katanya.
Dr Mahathir berkata beliau berharap keadaan itu akan berubah di bawah kepemimpinan Najib. - Bernama

Siapa Ketua Pemuda Pilihan??

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir memperolehi 30 pencalonan sehingga ini untuk bertanding jawatan ketua Pemuda UMNO Malaysia. Beliau meninggalkan seorang lagi calon bagi jawatan tersebut - Khairy Jamaluddin - jauh di belakang. Khairy @ KJ mendapat 15 pencalonan sehingga ini. Manakala seorang lagi calon, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendapat sembilan pencalonan. Hari ini, beliau menerima 2 lagi pencalonan. Kuala Langat dan Hulu Langat dari Selangor.


Terbaru, Mukhriz mendapat pencalonan daripada Padang Serai. Sebeum ini beliau mendapat pencalonan dari Permatang Pauh, Bagan, Pokok Sena, Kota Melaka, Tasek Gelugor, Bukit Gelugor, Jerlun, Besut, Kimanis, Alor Star, Cameron Highlands, Teluk Intan, Pagoh, Pasir Gudang, Kalabakan, Langkawi, Kuantan, Rasah, Jelebu, Jempol, Ipoh Barat, Lipis, Bentong, Tenggara, Padang Rengas, Subang, Kampar, Kota Belud dan Tuaran. Ini bermakna Mukhriz memerlukan sembilan pencalonan lagi untuk layak bertanding jawatan KP UMNO Malaysia. Setiap calon diwajibkan memperolehi 20 peratus atau 38 pencalonan dari 191 Bahagian.

Manakala calon Naib Ketua pula memerlukan 15 peratus atau 29 pencalonan. Sementara Khairy pula dicalonkan oleh Bagan Serai, Gelang Patah, Pontian, Kota Kinabalu, Machang, Pengkalan Chepa, Ketereh, Silam, Bandar Tun Razak, Bagan Datoh, Beruas, Bachok, Raub dan Rompin. Khir mendapat sokongan dari Masjid Tanah, Mersing, Shah Alam. Tumpat, Kapar, Cheras dan Taiping. Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda, Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim kelak sehingg berita ini ditulis dengan 27 pencalonan. Ini bermakna, beliau hanya perlu dua lagi pencalonan untuk melayakkan diri bertanding jawatan itu. Setakat ini, pesaing terdekat beliau ialah Exco Pemuda dan Ketua Pemuda Permatang Pauh Datuk Reezal Merican Naina Merican yang mendapat 22 pencalonan.

Terbaru, Dato' Reezal yang juga Presiden GPMS Malaysia mendapat 4 pencalonan dari Pemuda Bahagian yang bersidang. Manakala pesaing lainya ialah Ketua Pemuda Kota Kinabalu Baharol Raza Chuprap (satu), Exco Pemuda Marzuki Yahaya (satu) dan Ketua Pemuda Kapar, Selangor Faizal Abdullah (satu).

Khairy tambah pencalonan

8.20 malam Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-12 dari bahagian Bagan Datoh, Perak. Bahagian itu juga mencalonkan Exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican bagi jawatan Naib Ketua.
7.50 malam Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir terus menambah pencalonan yang diterimanya. Kali ini beliau mendapatkan pencalonan ke-19 dari Pemuda Bahagian Teluk Intan.
Bahagian Teluk Intan juga mencalon ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim yang juga Ketua Pemuda Johor untuk jawatan Naib Ketua.
7.25 malam Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan keenam dari Bahagian Cheras. Manakala ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim dicalon untuk jawatan Naib Ketua Pemuda.
7.23 malam Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendapat satu lagi pencalonan dari bahagian Pokok Sena. Beliau kini mendapat 18 pencalonan.
Manakala Exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican dicalonkan untuk jawatan Naib Ketua Pemuda.
7.20 malam Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-17 dari Pemuda Umno bahagian Kalabakan, Sabah. Reezal dicalonkan untuk jawatan Naib Ketua.
7.00 malam Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-16 dari Pemuda Umno Bahagian Padang Rengas Perak. Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim dicalonkan untuk jawatan Naib Ketua.
Mukhriz mendapat 80 undi manakala Khairy Jamaluddin mendapat 32 undi. Razali pula dicalonkan sebuat suara.
6.30 petang Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapatkan pencalonan kelima dari bahagian Shah Alam untuk bertanding ketua Pemuda Umno Malaysia.
6.20 petang Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-11 dari bahagian Pontian. Bahagian itu juga mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai naib ketua Pemuda.
6.15 petang Pemuda bahagian Pagoh sebulat suara mencalonkan Datuk Mukhriz Mahathir untuk jawatan ketua Pemuda. Beliau kini mendapat 15 pencalonan.
Manakala Razali dicalonkan, juga sebulat suara untuk jawatan naib ketua bahagian.
6.10 petang Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan empat - dari bahagian Mersing.
6.05 petang Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat satu lagi pencalonan dari bahagian Mersing. Beliau kini mendapat tiga pencalonan.
Manakala Razali dicalonkan oleh Mersing untuk jawatan naib ketua Pemuda.
6.00 petang Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendapat satu lagi pencalonan - dari bahagian Rompin. Dengan itu, pencalonannya meningkat kepada 10.
Khairy mendapatkan 98 undi manakala Mukhriz mendapat 64 undi. Manakala Dr Mohd Khir mendapat dua undi.
Bagi Naib pula, Rompin mencalonkan Razali Ibrahim sebulat suara.
5.00 petang Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendapatkan dua lagi pencalonan, dari bahagian Kuantan dan Bentong, menjadikan jumlahnya meningkatkan kepada 14 pencalonan.
Di Bentong, Mukhriz mendapat 54 undi manakala bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat 15 undi.
Bentong juga mencalonkan sebulat suara exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican bagi jawatan naib ketua
4.30 petang Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau, semakin merapatkan jurang pencalonan dengan Mukhriz apabila beliau memperolehi lima lagi pencalonan - menjadi 9 pencalonan - untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia.
4.00 petang Mukhriz pula mendapat empat lagi pencalonan, iaitu dari bahagian Lipis, Jempol dan Jelebu hari ini
3.30 petang Khairy mendapatkan lima pencalonan dari bahagian Beruas, Kota Kinabalu, Bagan Serai, Raub dan Bandar Tun Razak - untuk mengumpul sejumlah tujuh pencalonan setakat ini.
Di Beruas, Khairy mendapatkan 63 undi manakala Mukhriz mendapat 21, manakala bahagian Kota Kinabalu sebulat suara mencalonkan Khairy.
Bagi jawatan naib presiden, Beruas mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican. Kota Kinabalu pula mencalonkan ketua Pemudanya, Bahrul Razha Chuprat untuk bertanding naib ketua pusat.
Bahagian Serai memilih Khairy dan Reezal secara sebulat suara.
Di Raub, Khairy mendapat 73 undi manakala Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat 37 undi.
Sebelum itu, Khairy mendapat pencalonan daripada Machang, Pengkalan Chepa, Silam dan Ketereh.
Bagaimanapun, Mukhriz yang juga ahli Parlimen Jerlun, masih mendahului apabila mendapat empat pencalonan hari ini, termasuk bahagian Lipis dan Pasir Gudang - menjadi jumlahnya sebelas setakat ini.
Di Lipis, Mukhriz mendapat 94 undi, Khairy memperolehi 47 manakala bekas Dr Mohd Khir mendapat 2 undi.
Di Jempol pula, Mukhriz mendapat 168 undi manakala Khairy memperolehi enam undi sahaja.
Di Jelebu, Mukhriz mendapat undi terbanyak, manakala Khairy mendapat empat undi manakala Dr Mohd Khir (8)
Bagi naib presiden pula, Lipis mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim. Jempol turut mencalonkan Razali untuk naib ketua. Razali juga mendapat pencalonan dari bahagian Raub dan Jelebu.
Mukhriz sebelum ini mendapat pencalonan dari bahagian Jerlun, Besut, Kimanis, Alor Star, Cameron Highlands, Kota Melaka, Tasek Gelugor dan Bukit Gelugor.

Cameron Highlands, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan Naib Ketua. Manakala bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendapat dua pencalonan dari Bahagian Tumpat dan Kapar.

Seorang lagi calon - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin belum mendapat pencalonan.
Reezal sehingga jam 4.30 petang mendapat enam pencalonan manakala Razali mendapat lima pencalonan untuk jawatan Naib Ketua.
Pencalonan Muhkriz dan Razali dibuat secara sebulat suara oleh perwakilan Bukit Gelugor.
Bagaimanapun di Tasek Gelugor, selepas pengundian, Mukhriz mendapat 124 undi manakala Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau, memperolehi 36 undi.
Di bahagian Kota Melaka pula, Mukhriz memperoleh 98 undi manakala Khairy memperolehi 69 undi.
Sementara itu, kira-kira 23 Bahagian Pemuda, Wanita dan Puteri yang bermesyuarat hari ini untuk memilih calon ketua pergerakan masing-masing di peringkat bahagian dan pusat.
Antaranya ialah bahagian Jempol, Jelebu, Beruas, Kalabakan, Pontian, Silam, Bagan Serai, Semporna, Kota Kinabalu, Kuantan, Tasek Gelugor, Bukit Gelugor, Parit Buntar, Taiping, Pasir Gudang dan Pagoh.Manakala yang lainnya termasuk Pagoh, Kampar, Kota Melaka, Mersing, Cheras, Bandar Tun Razak, Bukit Bintang dan Titiwangsa.

Gagento : Memetik kata Dr Rais Yatim yang juga Ahli Parlimen Jelebu : Ahli Pergerakan Pemuda UMNO kini mencari pemimpin yang bercirikan pejuang sebenar tanpa bersandarkan satu alasan besar.
''Alasan besar itu ialah kebergantungan kepada jawatan, keluarga atau jawatan saudara mara. Saya fikir Mukhriz ada aura itu," kata beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO negeri. Inilah pejuang....BERANI BERUBAH!

Calon Presiden & Timbalan Presiden UMNO : Ali Rustam terima 1 pencalonan


Najib 10, Muhyiddin 9, Mohd Ali 1

2.45 petang Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan Ke-10, dari Bahagian Kuantan yang turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan Timbalan Presiden. Muhyiddin kini mendapat 9 pencalonan.
Bagi Naib presiden, Kuantan mencalonkan Hishammuddin, Datuk Jamaluddin Jarjis dan Shahidan.
2.40 petang Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan kesembilan dari Bahagian Pasir Gudang yang turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan Timbalan Presiden. Muhyiddin kini mendapat lapan pencalonan.
Bagi Naib Presiden, Pasir Gudang mencalonkan Khalid Nordin, Hishammuddin dan Zahid.
2.30 petang Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan kelapan pencalonan bagi jawatan presiden dari bahagian Pagoh, yang turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan Timbalan Presiden. Muhyiddin kini mendapat tujuh pencalonan.
Bagi jawatan Naib presiden, Bahagian Pagoh mencalonkan, Hishammudin, Rais dan Shafie.
2.20 petang Sehingga ini Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat tujuh pencalonan bagi jawatan Presiden. Manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat enam pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden, manakala Datuk Seri Mohd Ali Rustam mendapat satu pencalonan.

Beliau mendapat pencalonan dari bahagian Bukit Gelugor, Kalabakan , Parit Buntar dan Jempol.
Manakala Tan Sri Muhyiddn Yassin mendapat lima pencalonan sehingga ini, termasuk dari bahagian Bukit Gelugor, Kalabakan dan Jempol.
Manakala Parit Buntar pula mencalonkan Datuk Seri Mohd Ali Rustam untuk jawatan Timbalan Presiden.
Bagi jawatan Naib Presiden pula, Bukit Gelugor mencalonkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shahidan Kassim.Manakala Kalabakan pula mencalonkan Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Hishammudin.
Bahagian Parit Buntar pula mencalon Zahid, Syed Hamid dan Tan Sri Isa Samad.
Jempol pula mencalonkan Hishammuddin, Isa dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hassan.

Pagoh-Najib-Muhyiddin-Hisham, Rais-Shafie Apdal

Ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang turut menawarkan diri bertanding jawatan Presiden, belum mendapat pencalonan. Begitu juga dengan dua lagi calon bagi jawatan Timbalan Presiden - Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Datuk Nur Jazlan juga masing-masing belum mendapat sebarang pencalonan.

Friday 10 October 2008

MOHD ALI berkaliber sebagai Timbalan Presiden UMNO

Naib Presiden UMNO yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, mengesahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO berikutan kekosongan yang berlaku setelah Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Perdana Menteri hari ini membuat pengumuman rasmi tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan tertinggi parti, Mac tahun depan. Abdullah mengumumkan keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti Mac tahun depan selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Kuala Lumpur, semalam.

Pengumuman tersebut juga bermakna memberi ruang kepada Timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang juga Timbalan Perdana Menteri bertanding mengisi jawatan Presiden UMNO. Sementara itu kesemua enam Bahagian UMNO di Negeri ini sebulat suara menyokong penuh keputusan Mohd Ali selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri bertanding mengisi kekosongan kerusi Timbalan Presiden sepertimana hasrat yang disuarakan oleh beliau pada 4 Oktober lalu. Pemimpin-pemimpin yang dihubungi turut berikrar mencalonkan Mohd Ali bagi kerusi nombor dua itu dalam mesyuarat perwakilan Bahagian masing-masing yang bermula 12 Oktober ini. Mereka juga sepakat untuk bekerja keras bagi memastikan kemenangan Mohd Ali menduduki kerusi nombor dua tertinggi dalam hirarki UMNO itu. Mohd Ali disifakan layak menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden sekaligus mencerminkan keikhlasan Naib Presiden UMNO itu untuk meneruskan kesinambungan agenda perjuangan agama, bangsa dan negara berdasarkan pengalaman serta trek rekod yang dimiliki selama ini. Kata mereka lagi, kedudukan Mohd Ali selaku Naib Presiden UMNO terkanan sememangnya mewajarkan beliau untuk mencuba peluang bertanding di kerusi nombor dua bagi membantu Presiden kelak dalam memperkasakan lagi UMNO menghadapi cabaran, terutama Pilihan Raya Umum Ke-13.
(Sumber : Melaka Hari ini, 8 ktober 2008)

Gagento : Dengan pengalaman mentadbir Negeri, pengalaman di Pusat samada dalam parti dan pentadbiran rasanya tibalah masa DAR yang sentiasa 'patuh & taat' dengan parti/ kepimpinan menawar diri ke jawatan lebih tinggi dengan mengambilkira hierarki dalam UMNO (Naib Presiden UMNO) dan tugas-tugas sebagai Pengerusi Biro Keahlian & Latihan UMNO Malaysia yang telah dilakukan dengan baik sehingga ahli UMNO bertambah ke angka 2 juta orang. Biarlah perwakilan dengan 'kebijaksanaan' membuat keputusan.
Dengan track-record menaikkan Melaka ke Arah Melaka Maju menjelang 2010, membasmi kemiskinan Negeri, PPRT, Ekonomi Negeri serta misi memulihkan UMNO - Parti Menguasai Kerajaan, Gagento memilih Mohd Ali tokoh terbaik berganding dengan Mohd Najib.

Zahid ubah fikiran, tanding Naib Presiden

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini menjadi orang pertama mengumumkan pendirian, menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan UMNO Mac depan. Sebelum ini, menurut rakan-rakan UMNO beliau antara calon yang dlihat layak untuk merebut jawatan kedua tertinggi dalam parti UMNO.

Bagaimanapun, menurut sumber, Dr Ahmad Zahid telah mengubah fikiran untuk hanya bertanding jawatan Naib Presiden UMNO Mac depan. Dalam satu kenyataan ringkas hari ini, beliau berkata, keputusan itu dibuat demi menjaga perpaduan ahli peringkat akar umbi dan kekukuhan parti serta menghormati Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, yang bakal menerajui UMNO."Saya memohon sokongan dan pencalonan daripada akar umbi dalam persidangan UMNO Bahagian-bahagian untuk jawatan berkenaan (Naib Presiden) sahaja. "Saya juga ingin menyatakan sokongan dan taat setia tidak berbelah bagi saya kepada Datuk Seri Najib, yang telah diberikan kepercayaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengambil alih teraju kepimpinan parti sebagaimana yang telah diputuskan," katanya. Ahmad Zahid, yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memahami situasi dan realiti politik semasa, yang memerlukan pengorbanan daripada seseorang demi perpaduan dan kekuatan parti.

(Gagento : Ada yang melihat perebutan jawatan tertinggi dalam parti sebagai medan meraih populariti)

Malaysia kini, Oct 9, 08 5:40pm

Muhyiddin umum tanding Timbalan Presiden

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan parti itu Mac depan.
Ketika mengumumkan hasratnya itu pagi ini, Muhyiddin yang juga Naib Presiden kedua selepas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali ustam, berkata, beliau mahu membantu bakal Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, Najib memerlukan barisan kepimpinan yang teguh, bersatu serta sentiasa menyokong dan membantu beliau dan apapun keputusan di tangan perwakilan kelak.

Komen : Apapun sesiapa yang dilantik perlu memastikan agenda perjuangan UMNO diteruskan. Syabas DEMOKRASI!!

Malaysia kini, Oct 10, 08 9:29am

Thursday 9 October 2008

Tidak pertahan kerusi Presiden Umno

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada perhimpunan agung parti Mac depan, sekali gus membuka laluan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menggantikannya sebagai Perdana Menteri jika menang dalam pemilihan itu. Keputusan yang menyaksikan proses peralihan kuasa setahun lebih awal itu diumumkan Abdullah selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, petang semalam.

"Keputusan ini muktamad dan saya buat ini semua untuk Umno dan BN kerana saya sayangkan kedua-dua parti ini," kata Perdana Menteri pada sidang media selepas mesyuarat kira-kira 90 minit itu. Hadir sama ialah Najib dan semua pemimpin tertinggi parti komponen BN. Pada mesyuarat itu, semua pemimpin parti komponen BN turut menyampaikan pandangan dan ucapan terima kasih sebagai menghargai jasa serta sumbangan Abdullah kepada negara dan rakyat. Sebelum ini, Abdullah menetapkan Jun 2010 sebagai tarikh untuk berundur daripada parti dan kerajaan, tetapi Majlis Tertinggi Umno pada mesyuarat khasnya baru-baru ini membuat keputusan menunda pemilihan dan perhimpunan agung parti dari Disember ini ke Mac tahun depan bagi mempercepatkan proses peralihan kuasa itu.

Terdahulu, dalam kenyataan lapan perenggan yang dibacakannya, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, berkata kepentingan negara dan rakyat sentiasa menjadi keutamaan sepanjang tempoh perkhidmatannya selama 45 tahun sebagai penjawat awam dan wakil rakyat. "Oleh itu, saya tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno dalam Perhimpunan Agung akan datang. Saya tidak mahu melihat Umno dan BN berpecah belah. "Umno dan BN perlu bersatu dan kukuh bagi menangani cabaran global supaya kita berjaya menjadi negara maju dan menjamin kesejahteraan serta adil untuk semua. Tempoh saya sebagai Presiden Umno akan tamat pada Mac 2009," katanya. Abdullah berkata, sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau melihat negara melangkah maju dari sebuah negara miskin kepada negara moden dan disegani.

"Walaupun prestasi negara membanggakan, ia masih berada di persimpangan. Kita perlu berani membuat perubahan dan mempercepatkan evolusi serta proses kematangan. "Jika kita gagal membuat perubahan itu, segala pencapaian selama lebih 50 tahun mungkin tergadai. Oleh itu dalam menghadapi perubahan dan transformasi ini, rakyat perlu berdiri teguh dan bersatu hati," katanya. Ditanya perasaan beliau kerana terpaksa berundur sebelum tempoh Parlimen sekarang, Abdullah berkata: "Saya rasa biasa saja. Parti BN masih kekal memimpin kerajaan dan saya percaya kerajaan ini akan kekal kukuh untuk menghadapi pilihan raya umum yang seterusnya dan Insya Allah kita akan menang." Mengenai tarikh sebenar beliau akan berundur sebagai Perdana Menteri, Abdullah berkata penggantinya akan mengambil alih jawatan itu dan beliau berharap Najib akan menang pada pemilihan parti akan datang. "Saya kata harap kerana Najib perlu bertanding sebagai Presiden dan saya percaya dia boleh menang. Lepas Najib jadi Presiden, saya akan serah pada Najib. Kami akan bincang perkara itu," katanya sambil mengakui pemimpin BN menerima baik Najib sebagai penggantinya.

Abdullah menjelaskan, semua pemimpin komponen BN melahirkan pandangan tanpa sebarang paksaan dan beliau tidak memujuk mereka supaya menyokong Najib. "Lebih baik anda semua tanya mereka sendiri. Saya bukan kempen untuk Najib," katanya sambil menegaskan beliau tidak akan memilih pemimpin yang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri. Mengenai kemungkinan ada bahagian Umno mencalonkan beliau untuk jawatan Presiden, Abdullah berkata: "Saya dah maklumkan lebih awal... buat apa nak calonkan lagi." Abdullah juga mengakui prestasinya yang kurang baik pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Mac lalu adalah antara sebab beliau membuat keputusan berundur lebih awal. "Sudah tiba masanya untuk pemimpin di kalangan generasi baru mengambil alih. Saya tidak pernah menyesal dengan apa yang saya lakukan dan apa juga maklum balas yang diterima daripada pelbagai pihak itu adalah hak individu," katanya.

(Sumber Berita Harian, 9 Oktober 2008)

Wednesday 8 October 2008

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Malaysia

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, (Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.

Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad. ISA digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia. Dikenali sebagai "keganasan putih" (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam.

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling pada awalnya. Kemudian ianya dijadikan undang-undang pada tahun 1960. Semasa akta itu mula digunakan, ia membenarkan kajian semula, akan tetapi sejak itu, ISA telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali dan peruntukan ini telah dikeluarkan. Kuasa mutlak telah diberikan kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri membolehkan beliau menangkap sesiapa pun, tanpa merujuk kepada mahkamah.

Perundangan

Relevant sections of the legislation are as follows:
Section 73(1) Internal Security Act 1960: "Any police officer may without warrant arrest and detain pending enquiries any person in respect of whom he has reason to believe that there are grounds which would justify his detention under section 8; and that he has acted or is about to act or is likely to act in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to maintenance of essential services therein or to the economic life thereof."
Sect 8. Power to order detention or restriction of persons. "(i) If the Minister is satisfied that the detention of any person is necessary with a view to preventing him from acting in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to the maintenance of essential services therein or the economic life thereof, he may make an order (hereinafter referred to as a detention order) directing that that person be detained for any period not exceeding two years."


Dalam negara

Beberapa parti politik pembangkang termasuk Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyatakan bantahan mereka terhadap ISA. Ramai diantara pemimpin dan ahli terkenal mereka yang telah ditahan di bawah ISA termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng dari DAP dan Anwar Ibrahim dari PKR. Tidak kurng, pemimpin-pemimpin besar dari UMNO dahulu pernah ditahan dibawah akta ini seperti Datuk Tajuddin Abd. Rahman (Singa UMNO) dan lain-lain.

Namun Akta ini juga pernah dikritik oleh beberapa ahli politik gabungan Barisan Nasional, termasuk parti komponen terbesarnya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang telah memerintah Malaysia semenjak kemerdekaannya juga telah mengritik ISA. Perdana Menteri Malaysia kelima, Abdullah Ahmad Badawi, telah menyatakan pada tahun 1988 "Jika kita semua hendak menyelamatkan Malaysia dan UMNO, Dr Mahathir (Perdana Menteri ketika itu) mesti diguling. Dia menggunakan undang-undang kejam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk mendiamkan pengkritiknya." Tahun sebelumnnya, dia juga telah menyatakan "Undang-undang seperti ISA tidak punyai tempat di Malaysia moden. Ia merupakan perundangan tidak berperikemanusiaan dan jahat." Pada tahun 2003 apabila beliau menjadi Perdana Menteri pula, beliau mengatakan bahawa ISA adalah "undang-undang yang perlu," dan mengemukakan argumentasi "Kami tidak pernah menyalahgunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Kesemua mereka yang ditahan dibawahnya terbukti mengancam masyarakat secara umum."

Luar negara

Kerajaan Amerika Syarikat pernah mengritik kerajaan Malaysia kerana menggunakan ISA beberapa kali, paling terkini pada tahun 2001 apabila Presiden George W. Bush mengatakan bahawa "Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah undang-undang jahat. Tidak wajar ada lagi negara yang punyai undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan." Pada 2004 pula, Bush berpaling dan berkata "Kami tidak seharusnya sewenang-wenangnya mengklasifikasi Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia sebagai undang-undang kejam.", dan ini amat mungkin berpunca daripada peristiwa 11 September 2001 dan penggubalan Akta PATRIOT selepasnya.

Rujukan

1. "Malaysia's Internal Security Act and Suppression of Political Dissent:A Human Rights Watch Backgrounder", The Star. Dicapai pada 2007-03-04.
2. "Legacy of the wayward lawyer", Human Right Watch. Dicapai pada 2007-03-04.
Tan, Chee Koon & Vasil, Raj (ed., 1984). Without Fear or Favour, p. 27. Eastern Universities Press. ISBN 967-908-051-X.
3. http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_03.htm

Tuesday 7 October 2008

Calon Timbalan Presiden UMNO di Cabar di PULAI..

Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang ingin bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno dalam pemilihan parti Mac depan, bakal berdepan dengan tentangan sengit untuk mempertahankan jawatannya di bahagian terbabit. Beliau akan ditentang Ahli Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Kempas, Datuk Osman Sapian yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian Pulai. Setelah cawangan selesai mengadakan mesyuarat agung masing-masing baru-baru ini, Nur Jazlan menerima 44 pencalonan manakala Osman pula memperoleh 35 pencalonan.

Osman, 56, yang dihubungi Bernama hari ini berkata, beliau yakin menang berdasarkan pengalamannya yang luas sebagai pemimpin akar umbi parti selama lebih 20 tahun. "Saya merupakan Ketua Umno Cawangan Taman Tasik selama 22 tahun, ahli jawatankuasa bahagian selama 11 tahun, Timbalan Ketua Umno Bahagian dan Adun Kempas selama tiga penggal," katanya. Nur Jazlan, akauntan berusia 42 tahun dan merupakan anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat, membuat kejutan dua hari lalu, apabila mengumumkan hasratnya merebut jawatan Timbalan Presiden Umno. Selain beliau, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Mohd Ali Rustam turut mengumumkan hasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. Osman berkata beliau percaya langkah Nur Jazlan mengumumkan hasratnya bertanding jawatan Timbalan Presiden telah mendatangkan kesan buruk terhadap kempen Nur Jazlan untuk mempertahankan jawatan. "Sebaliknya, pengumuman beliau itu telah memberikan kelebihan kepada saya," katanya. UMNO Bahagian Pulai akan bermesyuarat pada 26 Oktober ini.

(Gagento berharap tidaklah terlalu ramai bertanding jawatan penting ini. Seperti kata Datuk Seri Shahidan Kassim, Ukurlah baju di badan sendiri).

Sudahlah tu ANWAR..

Dalam keadaan Malaysia menghadapi cabaran global 3F (Fuel, Financial & Food) cabaran dalaman berlaku dengan amat mencabar apabila Anwar Ibrahim berusaha menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang mendapat kemenangan majoriti oleh rakyat. Sejak bebas dari hukuman penjara Anwar lebih gemar memburukkan musuh-musuh politiknya dan memburukkan institusi Malaysia di mata media asing. Polis, ISA, DEB, kehakiman adalah antara perkara yang dikritiknya sebegitu buruk tanpa menyedari dia tidak pernah menyatakan masalah ini ketika menjadi orang kuat kerajaan. Terbaru hospital juga dituduh tidak telus apabila dia diminta menyerahkan sampel DNAnya sebagai bahan siasatan kes liwat ke atas Saiful.


Indeks BSKL berada dibawah 1000 mata ketika berita ini ditulis

Dalam keadaan politik yang bercempera wakil industri & pelabur asing menghantar laporan kepada HQ mereka yang keadaan Malaysia tidak begitu sesuai untuk menambah pelaburan mereka sekarang. Tunggulah sehingga akhir tahun ini kalau keadaan dah stabil. Oleh kerana gila talak nak jadi PM Anwar tak hiraukan apa kaedah & kesannya. Hatta menawarkan rasuah terhadap ahli Parlimen BN. Anwar gagal meyakinkan ahli-ahli parlimen untuk melompat ke Pakatan Rakyat dalam igauan 16 Sept nya. Dalam sidang parlimen 13 okt 08 yang akan datang Anwar akan membuat tindakan luar kotak nya; undi tak percaya kepada PM. Jika Anwar berjaya, saya ingin berkongsi fikiran Datuk Kadir Jasin antaranya : -

*Anwar memimpin kerajaan yang lemah kerana tidak mampu mendapat 2/3 majoriti.
*Dia perlu buat pilihanraya lebih awal kerana dia sentiasa dihantui spekulasi dia hanya meng-hijack kerajaan BN
*MP yang melompat akan bersifat dummy - akhirnya akan berfikir untuk menyertai BN semula
Anwar juga akan menghadapi tentangan agresif dari penyokong BN kerana tindakannya yang tidak bermoral. Apa pun kita bertenang, berdoa & bersabar menanti berita gembira.

Anwar Plays A Waiting Game In Malaysia

By Anil Netto

PENANG - Malaysia's political opposition insists its plan to topple Prime Minister Abdullah Badawi's government is still on track, as doubts emerge about the credibility of those claims after it missed two self-set deadlines for ushering in political change. Opposition leader Anwar Ibrahim had set September 16, Malaysia's national day, as the deadline for his People's Alliance coalition to take over the federal government through parliamentary defections to his camp. When that deadline passed, with Anwar claiming he had the required number of parliamentary defections secured, he set a new September 23 deadline for Abdullah to call an emergency sitting of parliament to hold a no-confidence motion he claimed would bring down the government. Abdullah has ridiculed those calls and refused Anwar's request to meet so that the latter can show him a purported list of parliamentarians who have committed to leave the coalition government and join forces with the opposition. Anwar has repeatedly told the press that his alliance has the minimum 31 defections he needs to secure a simple majority in parliament, though he has declined to reveal the names of the turncoat parliamentarians. The only snag, from his perspective, is that Abdullah will delay reconvening the legislature to debate a no-confidence motion on his rule.

The political uncertainty is starting to take a toll on the economy and investor confidence. Foreign direct investment flows had already turned negative for 2007 for the first time in the country's 50-year history, according to the 2008 United Nations Conference on Trade and Development (UNCTAD) World Investment Report, released this week. Inflation hit a 27-year high of 8.5% in August, adding fuel to the population's discontent with the United Malays Nasional Organization (UMNO)-led government. Abdullah has repeatedly accused Anwar of causing instability and undermining the economy. Anwar has countered that the economic problems stem from Abdullah's failure to introduce meaningful economic reforms. Anwar now needs to tread a delicate constitutional line if he wants to avoid giving an already jittery ruling coalition a pretext for striking back through a more forceful crackdown.

This month, an opposition politician, a journalist and an anti-government blogger were all detained under the Internal Security Act (ISA), which allows for indefinite detention without trial. The opposition leader is now believed to have two political options: seek an audience with the Agong, Malaysia's paramount constitutional monarch, or wait for parliament to reconvene as scheduled from its recess on October 13. Finding that his path to power is strewn with obstacles, Anwar has not committed to any new deadlines for a change in government. The state-influenced mainstream media have ridiculed the passing of his previous deadlines and some feel those missed marks have damaged his credibility. Others more sympathetic to the opposition charge point out that it will not be easy to dislodge the UMNO-led coalition, which has held power for 51 years, during which time it has blurred the lines between party and government.

Anwar's proponents say that September 16 heralded the beginning of a political transition that eventually will lead to UMNO's demise. Intra-party turmoilTwo crucial dates now loom: October 9, when regional divisions of UMNO begin to nominate candidates for top party posts that will be up for grabs during the party's December internal elections, and October 13, when parliament is scheduled to reconvene. Under siege within his own party after the ruling coalition suffered a major setback at March general elections and now held responsible for a listless economy, Abdullah finds himself in an increasingly tight political spot. He recently hammered out a transition plan to hand over power to his deputy, Najib Abdul Razak, by 2010. He has since indicated he could leave earlier, and in an apparent move to appease his deputy he swapped portfolios with him, handing finance to Najib while Abdullah took over defense. Whether the ambitious Najib, who has been dogged by allegations linking him to the murder of a Mongolian woman, which he has denied, will be content with the minor reshuffle is still unclear. Despite the transition plan, there appears to be a groundswell of sentiment within UMNO that would prefer Abdullah to leave much sooner than he would prefer. The party has called an emergency supreme council meeting for Friday, sparking fresh speculation that change could be in the offing. This sentiment is also coming from some of the reactionary forces within UMNO, which are believed to be inspired by former premier and party leader Mahathir Mohamad. Mahathir formally quit the party in May, but he is now said to be contemplating a return. He was reported to be backing former finance minister Tengku Razaleigh Hamzah's bid for the UMNO presidency, which will be decided in December. Mahathir's son, Mukhriz Mahathir, is also reported to be eyeing the leadership of UMNO's powerful youth wing. He will likely run up against Abdullah's ambitious son-in-law, Khairy Jamaluddin, and former Selangor state chief minister Mohamad Khir Toyo for that post.

The political transition could speed up if Abdullah fails to secure enough nominations for the UMNO presidency from the party's various divisions, whose elections are due to run from October to November. To receive the nomination, he needs to secure the nod from at least 30%, or 58 divisions, of UMNO's 191 party divisions across the country. With his mounting political troubles, not everyone is convinced he can pull it off. Meanwhile, in the midst of the political uncertainty, the arrests and detention without trial of a senior Selangor state government official from the People's Alliance, a Chinese newspaper journalist, the editor of a popular Internet news portal and a blogger have sent a chill down the spines of many Malaysians. Three of them have been released, but Malaysia Today website editor Raja Petra Kamarudin was sent this week to the Kamunting detention camp, where he will serve two years under the renewable order of Home Minister Syed Hamid Albar. The government's use of the ISA against perceived political opponents has sparked outrage among many Malaysians and rare protests among ruling coalition politicians, one of whom quit his position as law minister over the arrests. Raja Petra, whose website commands a huge following, is seen as something of a folk hero in Malaysia for his frequent exposes of official corruption and abuse of power. Some of his readers believe he was detained to give UMNO leaders a break from his widely read criticisms in the run-up to their party polls - though the official reason given was that his articles insulted Islam and were a threat to national security. Malaysians have signed online petitions, mailed greeting cards to detainees, participated in candlelight vigils in public places and flocked to prayer services in several places of worship. The arrests have arguably swung public opinion further against the ruling coalition and Abdullah's fast-waning moral authority. Whether Anwar's alliance can capitalize on that sentiment and establish a new reformist government could be determined by UMNO's and Abdullah's next moves.

(Gagento : Anil Netto is a Penang-based writer)