Tuesday 14 October 2008

Sokong tindakan dikenakan terhadap Gerakan

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) masih mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berbau menghina rakyat pribumi. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Razali Ibrahim menengaskan bahawa Gerakan perlu menilai tindakan yang harus dikenakan terhadap Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe yang mengeluarkan kenyataan mempertikaikan asal usul kaum Melayu di negara ini. Beliau berkata, pemimpin berkenaan seharusnya berhati – hati dalam membuat kenyataan terutamanya yang membabitkan isu sensitif terutama melibatkan masyarakat. Beliau turut berkata, isu–isu perkauman kini sering dibangkitkan oleh pemimpin dan bukannya rakyat.
''Oleh itu, ahli- ahli politik ini harus bertanggungjawab setiap kali mengeluarkan kenyataan kerana ia hanya akan menimbulkan kemarahan rakyat,'' katanya. Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shafie Apdal berpendapat setiap pemimpin perlu dibekalkan dengan ilmu supaya dapat memahami budaya kaum lain di negara ini. Pengkiritik, Dato' Prof. Dr. Zainal Kling menegaskan bahawa, penduduk asal termasuk seluruh Kepulauan Melayu (Riau, Sumatera, Filipina, Indonesia, Malaya) dahulu semuanya ialah orang-orang Melayu Asli.

Gagento : Harus ingatkan diri sendiri bahawa orang melayu merupakan penduduk asal Malaya. Yang baiknya, orang Melayu boleh berkongsi hak pribumi. Janganlah kita buta sejarah atau buat-buat lupa asal usul sejarah. Rujuklah Sejarah Melayu karya Tun Sri Lanang. Setidak-tidaknya, akuilah kita semuanya 'menumpang'.

1 comment:

Anonymous said...

Inilah akibat kalau tidak merujuk sejarah dan tidak tahu nilai sejarah. Semasa kecil saya disogokkan dengan kata orang Cina itu komunis (sama), kini saya cuba membenarkan kenyataan itu.Sekarang dah mula timbul tuntutan kesamarataan...