Sunday, 12 October 2008

Siapa Ketua Pemuda Pilihan??

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir memperolehi 30 pencalonan sehingga ini untuk bertanding jawatan ketua Pemuda UMNO Malaysia. Beliau meninggalkan seorang lagi calon bagi jawatan tersebut - Khairy Jamaluddin - jauh di belakang. Khairy @ KJ mendapat 15 pencalonan sehingga ini. Manakala seorang lagi calon, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendapat sembilan pencalonan. Hari ini, beliau menerima 2 lagi pencalonan. Kuala Langat dan Hulu Langat dari Selangor.


Terbaru, Mukhriz mendapat pencalonan daripada Padang Serai. Sebeum ini beliau mendapat pencalonan dari Permatang Pauh, Bagan, Pokok Sena, Kota Melaka, Tasek Gelugor, Bukit Gelugor, Jerlun, Besut, Kimanis, Alor Star, Cameron Highlands, Teluk Intan, Pagoh, Pasir Gudang, Kalabakan, Langkawi, Kuantan, Rasah, Jelebu, Jempol, Ipoh Barat, Lipis, Bentong, Tenggara, Padang Rengas, Subang, Kampar, Kota Belud dan Tuaran. Ini bermakna Mukhriz memerlukan sembilan pencalonan lagi untuk layak bertanding jawatan KP UMNO Malaysia. Setiap calon diwajibkan memperolehi 20 peratus atau 38 pencalonan dari 191 Bahagian.

Manakala calon Naib Ketua pula memerlukan 15 peratus atau 29 pencalonan. Sementara Khairy pula dicalonkan oleh Bagan Serai, Gelang Patah, Pontian, Kota Kinabalu, Machang, Pengkalan Chepa, Ketereh, Silam, Bandar Tun Razak, Bagan Datoh, Beruas, Bachok, Raub dan Rompin. Khir mendapat sokongan dari Masjid Tanah, Mersing, Shah Alam. Tumpat, Kapar, Cheras dan Taiping. Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda, Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim kelak sehingg berita ini ditulis dengan 27 pencalonan. Ini bermakna, beliau hanya perlu dua lagi pencalonan untuk melayakkan diri bertanding jawatan itu. Setakat ini, pesaing terdekat beliau ialah Exco Pemuda dan Ketua Pemuda Permatang Pauh Datuk Reezal Merican Naina Merican yang mendapat 22 pencalonan.

Terbaru, Dato' Reezal yang juga Presiden GPMS Malaysia mendapat 4 pencalonan dari Pemuda Bahagian yang bersidang. Manakala pesaing lainya ialah Ketua Pemuda Kota Kinabalu Baharol Raza Chuprap (satu), Exco Pemuda Marzuki Yahaya (satu) dan Ketua Pemuda Kapar, Selangor Faizal Abdullah (satu).

Khairy tambah pencalonan

8.20 malam Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-12 dari bahagian Bagan Datoh, Perak. Bahagian itu juga mencalonkan Exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican bagi jawatan Naib Ketua.
7.50 malam Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir terus menambah pencalonan yang diterimanya. Kali ini beliau mendapatkan pencalonan ke-19 dari Pemuda Bahagian Teluk Intan.
Bahagian Teluk Intan juga mencalon ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim yang juga Ketua Pemuda Johor untuk jawatan Naib Ketua.
7.25 malam Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan keenam dari Bahagian Cheras. Manakala ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim dicalon untuk jawatan Naib Ketua Pemuda.
7.23 malam Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendapat satu lagi pencalonan dari bahagian Pokok Sena. Beliau kini mendapat 18 pencalonan.
Manakala Exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican dicalonkan untuk jawatan Naib Ketua Pemuda.
7.20 malam Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-17 dari Pemuda Umno bahagian Kalabakan, Sabah. Reezal dicalonkan untuk jawatan Naib Ketua.
7.00 malam Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-16 dari Pemuda Umno Bahagian Padang Rengas Perak. Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim dicalonkan untuk jawatan Naib Ketua.
Mukhriz mendapat 80 undi manakala Khairy Jamaluddin mendapat 32 undi. Razali pula dicalonkan sebuat suara.
6.30 petang Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapatkan pencalonan kelima dari bahagian Shah Alam untuk bertanding ketua Pemuda Umno Malaysia.
6.20 petang Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan ke-11 dari bahagian Pontian. Bahagian itu juga mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai naib ketua Pemuda.
6.15 petang Pemuda bahagian Pagoh sebulat suara mencalonkan Datuk Mukhriz Mahathir untuk jawatan ketua Pemuda. Beliau kini mendapat 15 pencalonan.
Manakala Razali dicalonkan, juga sebulat suara untuk jawatan naib ketua bahagian.
6.10 petang Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan empat - dari bahagian Mersing.
6.05 petang Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat satu lagi pencalonan dari bahagian Mersing. Beliau kini mendapat tiga pencalonan.
Manakala Razali dicalonkan oleh Mersing untuk jawatan naib ketua Pemuda.
6.00 petang Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendapat satu lagi pencalonan - dari bahagian Rompin. Dengan itu, pencalonannya meningkat kepada 10.
Khairy mendapatkan 98 undi manakala Mukhriz mendapat 64 undi. Manakala Dr Mohd Khir mendapat dua undi.
Bagi Naib pula, Rompin mencalonkan Razali Ibrahim sebulat suara.
5.00 petang Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendapatkan dua lagi pencalonan, dari bahagian Kuantan dan Bentong, menjadikan jumlahnya meningkatkan kepada 14 pencalonan.
Di Bentong, Mukhriz mendapat 54 undi manakala bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat 15 undi.
Bentong juga mencalonkan sebulat suara exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican bagi jawatan naib ketua
4.30 petang Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau, semakin merapatkan jurang pencalonan dengan Mukhriz apabila beliau memperolehi lima lagi pencalonan - menjadi 9 pencalonan - untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia.
4.00 petang Mukhriz pula mendapat empat lagi pencalonan, iaitu dari bahagian Lipis, Jempol dan Jelebu hari ini
3.30 petang Khairy mendapatkan lima pencalonan dari bahagian Beruas, Kota Kinabalu, Bagan Serai, Raub dan Bandar Tun Razak - untuk mengumpul sejumlah tujuh pencalonan setakat ini.
Di Beruas, Khairy mendapatkan 63 undi manakala Mukhriz mendapat 21, manakala bahagian Kota Kinabalu sebulat suara mencalonkan Khairy.
Bagi jawatan naib presiden, Beruas mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican. Kota Kinabalu pula mencalonkan ketua Pemudanya, Bahrul Razha Chuprat untuk bertanding naib ketua pusat.
Bahagian Serai memilih Khairy dan Reezal secara sebulat suara.
Di Raub, Khairy mendapat 73 undi manakala Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat 37 undi.
Sebelum itu, Khairy mendapat pencalonan daripada Machang, Pengkalan Chepa, Silam dan Ketereh.
Bagaimanapun, Mukhriz yang juga ahli Parlimen Jerlun, masih mendahului apabila mendapat empat pencalonan hari ini, termasuk bahagian Lipis dan Pasir Gudang - menjadi jumlahnya sebelas setakat ini.
Di Lipis, Mukhriz mendapat 94 undi, Khairy memperolehi 47 manakala bekas Dr Mohd Khir mendapat 2 undi.
Di Jempol pula, Mukhriz mendapat 168 undi manakala Khairy memperolehi enam undi sahaja.
Di Jelebu, Mukhriz mendapat undi terbanyak, manakala Khairy mendapat empat undi manakala Dr Mohd Khir (8)
Bagi naib presiden pula, Lipis mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim. Jempol turut mencalonkan Razali untuk naib ketua. Razali juga mendapat pencalonan dari bahagian Raub dan Jelebu.
Mukhriz sebelum ini mendapat pencalonan dari bahagian Jerlun, Besut, Kimanis, Alor Star, Cameron Highlands, Kota Melaka, Tasek Gelugor dan Bukit Gelugor.

Cameron Highlands, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan Naib Ketua. Manakala bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendapat dua pencalonan dari Bahagian Tumpat dan Kapar.

Seorang lagi calon - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin belum mendapat pencalonan.
Reezal sehingga jam 4.30 petang mendapat enam pencalonan manakala Razali mendapat lima pencalonan untuk jawatan Naib Ketua.
Pencalonan Muhkriz dan Razali dibuat secara sebulat suara oleh perwakilan Bukit Gelugor.
Bagaimanapun di Tasek Gelugor, selepas pengundian, Mukhriz mendapat 124 undi manakala Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau, memperolehi 36 undi.
Di bahagian Kota Melaka pula, Mukhriz memperoleh 98 undi manakala Khairy memperolehi 69 undi.
Sementara itu, kira-kira 23 Bahagian Pemuda, Wanita dan Puteri yang bermesyuarat hari ini untuk memilih calon ketua pergerakan masing-masing di peringkat bahagian dan pusat.
Antaranya ialah bahagian Jempol, Jelebu, Beruas, Kalabakan, Pontian, Silam, Bagan Serai, Semporna, Kota Kinabalu, Kuantan, Tasek Gelugor, Bukit Gelugor, Parit Buntar, Taiping, Pasir Gudang dan Pagoh.Manakala yang lainnya termasuk Pagoh, Kampar, Kota Melaka, Mersing, Cheras, Bandar Tun Razak, Bukit Bintang dan Titiwangsa.

Gagento : Memetik kata Dr Rais Yatim yang juga Ahli Parlimen Jelebu : Ahli Pergerakan Pemuda UMNO kini mencari pemimpin yang bercirikan pejuang sebenar tanpa bersandarkan satu alasan besar.
''Alasan besar itu ialah kebergantungan kepada jawatan, keluarga atau jawatan saudara mara. Saya fikir Mukhriz ada aura itu," kata beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO negeri. Inilah pejuang....BERANI BERUBAH!

No comments: