Thursday 16 October 2008

UMNO : Tempoh kempen terlalu lama - MUHYIDDIN

Tempoh kempen selama empat bulan untuk pemilihan Umno adalah terlalu lama dan ia boleh menjejaskan produktiviti calon terutama yang mempunyai portfolio dalam kerajaan, kata Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Saya berkata demikian kerana ramai yang lain turut berkongsi kebimbangan yang sama kerana mungkin akan wujud isu politik wang dan merugikan daripada segi tenaga dan sumber dana,” katanya semasa ditanya tempoh kempen yang lama bagi pemilihan UMNO Mac depan.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan serantau Eisenhower Fellowships di sini hari ini.
Muhyiddin berkata, ini merupakan kali pertama tempoh berkempen yang paling lama iaitu selama empat bulan berbanding sebulan sebelum ini kerana untuk memenuhi pelan peralihan kuasa di antara Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada Mac depan.
“Terdapat kebimbangan di kalangan calon-calon yang bertanding jawatan kerana buat pertama kalinya tempohnya adalah yang paling lama. Tidak pernah berlaku sebelum ini tempoh berkempen selama empat bulan, kerana kita semua mahu memenuhi pelan peralihan kuasa,” katanya.
Semasa ditanya sama ada adakah tarikh pemilihan itu wajar dipercepatkan dari Mac 2009, beliau berkata: “Saya fikir saya mahu serahkannya kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Saya tidak mahu cadangkan apa-apa sebab sesetengah orang cakap yang Muhyiddin sekarang ni terlalu banyak bercakap.

Gagento : Kewajaran pandangan ini juga harus diambil kira. Kesibukan berkempen merugikan calon dan memberi kesan pada pentadbiran.

2 comments:

Anonymous said...

Xslh lama aper....

Anonymous said...

GELABAH NAK JADI TPM NAMPAK....