Kekebalan Raja-raja Melayu perlu dikembalikan kepada baginda jika negara ini ingin melihat Raja-raja memainkan peranan yang lebih penting dan berkesan pada Abad ke-21 ini. Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Tuanku Jaafar bertitah, jika Raja-raja hendak menjalankan tugas secara adil, saksama dan tidak memihak dalam melindungi perlembagaan, kedaulatan mereka juga perlu dilindungi.
"Yang demikian kekebalan penuh daripada dikenakan prosiding sivil dan jenayah perlu dipertimbangkan semula agar monarki di Malaysia setara dengan raja-raja berperlembagaan lain di seluruh dunia," titah baginda dalam Ceramah Jamuan Tengah Hari Diraja berjudul "Peranan Raja Berperlembagaan pada Abad ke-21" di ibu negara hari ini.
Baginda bertitah, kekebalan Raja-raja telah hilang selama 15 tahun dan ia perlu dituntut dan dipulihkan kembali agar Raja berperlembagaan dipulihkan kedaulatan sepenuhnya supaya baginda dapat memainkan peranan lebih tepat dan berkesan selaku pelindung Perlembagaan Persekutuan."Jika parti-parti politik melihat diri mereka sebagai wakil rakyat, maka Raja-raja melihat diri mereka sebagai pelindung perlembagaan," tegas baginda.
Menurut laporan yang dipetik sebagai berkata, dengan kekebalan itu, usaha untuk melindungi kepentingan semua komuniti, memupuk keamanan, kemakmuran, keselamatan ekonomi dan tadbir urus yang baik dapat dipenuhi, tegas Tunku Naquiyuddin.
Baginda bertitah, berhubung pindaan perlembagaan 1993, penghapusan kekebalan Raja-raja adalah perkara serius memandangkan Malaysia mungkin satu-satunya negara yang rajanya tanpa kekebalan seumpama itu.
Fatwa pengkid, yoga
"Kedaulatan dan kekebalan sentiasa saling bergantung dan adalah karut bila seorang raja yang berdaulat boleh dihadapkan ke mahkamah kerana cuba melindungi kepentingan terbaik negara dan rakyat," tegas baginda. Baginda bertitah Raja-raja mestilah juga dilindungi dengan apa carapun dari celaan kewangan agar kedaulatan mereka tidak tercemar dan terjejas.
Sebagai pihak berkuasa tertinggi dalam negara, adalah menjadi kewajipan pentadbiran melindungi integriti dan kemuliaan Raja-raja agar singgahsana dihormati tanpa soal, titah baginda.
"Kesan menyeluruh dari penghapusan kekebalan dan pembentukan mahkamah khas sesungguhnya agak revolusioner, tanpa ada lagi kekebalan, raja-raja boleh disaman oleh warga biasa dan oleh negara," tegas Tunku Naquiyuddin."Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara dan jika mereka dipenjara lebih dari sehari, mereka secara automatik akan kehilangan singgahsana," ujar baginda. Baginda bertitah, sebelum ini, Raja-raja Melayu bergantung pada Artikel 71 Perlembagaan yang menjamin hak Raja-raja mempertahan, menikmati dan melaksanakan hak dan keistiwewaan perlembagaan selaku raja sesebuah negeri".
Selaku ketua agama Islam, Raja-raja dalam kebanyakan hal dirundingi tetapi dalam fatwa baru-baru ini mengenai pengkid dan yoga, ujar baginda, baginda tidak pasti sama ada mana-mana anggota diraja dirundingi, sekiranya tidak, baginda meminta Majlis Fatwa berbuat demikian.
Gagento : Daulat TUANKU...hidup MELAYU!!!
Wednesday, 26 November 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Bagi mengekalkan kuasa dan kekebalan raja-raja memang satu cadangan yang bagus tetapi perlulah mengikut undang-undang dan perlembagaan yang ada. Kekebalan harus ada batasnya. Bukan sembarangan dan diluluskan tanpa melalui sebarang proses hukuman yang ada. Mungkin kekebalan yang dimaksudkan jika raja-raja melakukan kesalahan bukanlah di'highlight'kan ke dada-dada akhbar agaknya. Apapun dari segi mengekal atau menaikkan semula keistimewaan kepada raja, sebagai rakyat Malaysia dan beragama Melayu saya sokong hasrat murni ini.
Kerajaan bolehlah mepertimbangkan cadangan ini dan dihalusi Jabatan yang berkaitan dan dibentangkan ke Kabinet untuk kelulusan sebelum dibentangkan di Parlimen.
Bagi saya jika ianya berkaitan dengan undang-undang dan mempunyai hubungan jenayah, kesalahan tidak mengenal sebarang manusia waima yang berkerabat. Sebabnya, undang-undang tidak mengenal siapa. Dalam Islam sekalipun, waima khalifah sendiri pernah menyeru agar 'jika beliau melakukan sebarang kesalahan' pedanglah hukumannya.
Bagi Fatwa pengkid dan yogs....Yang haram itu mengikut syarak jika ianya ada unsur mensyirikkan Allah dan pengkid pula apabila manusia menyerupai benda lain selain dirinya. Syiriklah jawapannya. Maksudnya jika ada amalan yang bertentangan dengan syarak termasuk amalan pemujaan ataupun mentera. Jika ianya hanya untuk kesihatan dan tiada unsur-unsur pemujaan bolehlah teruskan. Bukan susah sangat nak ikut. Lagipun orang Malaysia boleh fikir mana yang baik dan mana yang buruk. Dan tahap pemikiran kita semua telah ke depan berbanding pada zaman jahiliah dulu. Tahap pendidikan kita telah terkedepan. Bolehlah kita rujuk dan melihat daripada keputusan-keputusan peperiksaan sekolah dulu dan sekarang. Berbeza.
Saya syorkan kepada mereka yang menentang, anda ikutlah mana yang disuruh, buanglah mana yang dilarang. Islam kan cukup manis dan halus. Bukan menghalang untuk kesihatan dan kemajuan tetapi bagi mereka yang telah bermuzakarah tentang hal ini, mereka ini ialah mereka yang amat arif bagi menetapkan sesuatu hukum. Mereka yang amat pakar tentang hal keagamaan dan tentu sekali mereka telah menyelidiki sebelum memutuskan hukum.
Dan mereka juga tentunya tidak mahu, sebagai pengutkuasa hukum Allah tidak mahu terlibat sama apabila hukum Allah kelak dibacakan ke atas kita di akhirat.
Wallahu a'lam.
Post a Comment