Friday 28 November 2008

Konsep ketuanan rakyat buat bukan Melayu makin berani..

Tindak tanduk kumpulan Melayu tertentu yang memperjuangkan konsep kesamarataan dan ketuanan rakyat telah menyebabkan orang bukan Melayu berani mempertikaikan hak dan ketuanan Melayu.
Perkara ini turut disuarakan Ketua Pemuda Umno Selangor, Syukur Idrus, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang. Dakwa beliau, kumpulan tersebut memperjuangkan konsep tersebut kerana kepentingan politik mereka.

"Inilah yang menjadi punca orang bukan Melayu berani mempertikaikan ketuanan Melayu. Sebenarnya orang Melayu yang menyebabkan perkara ini berlaku. Jadi janganlah mmepertikaikan mengapa orang bukan Melayu berani bersuara sedemikian. Kita sendiri yang memberi ruang kepada mereka atas dasar kesamaratan dan ketuanan rakyat," katanya.
Syukur berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang dilaporkan berkata konsep perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional (BN) mesti diubah.
'Kepimpinan Melayu' Bekas Menteri Kesihatan itu juga dilaporkan berkata slogan 'Ketuanan Melayu', hubungan Tuan dan Hamba, tidak boleh diterima lagi."Kita menerima kepimpinan Melayu, tetapi bukan Ketuanan Melayu," katanya dalam ucapan penerimaan Anugerah Kancil di Petaling Jaya semalam.
Chua berkata: "Bila kita berkata tolak 'Ketuanan Melayu', kita bukannya mencabar hak-hak istimewa orang Melayu. Ianya terkandung dalam perlembagaan kita dan tiada siapa pun boleh mengenetepikan pada masa ini. Menurut Chua lagi, begitu juga dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan statusnya dilindungi dalam perlembagaan, dan tiada siapa pun yang boleh mengubahnya.

JAGA KEHARMONIAN

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, pemimpin bukan Melayu tidak perlu bercakap perkara tersebut jika mereka tidak tahu sejarah negara ini.
Katanya, ketuanan Melayu bukan sejarah tetapi merupakan satu realiti dan oleh kerana itu, semua pihak perlu menerimanya.
"Sepatutnya Dr Chua, sebagai seorang pemimpin kanan parti komponen Barisan Nasional (BN), tidak boleh bercakap begitu kerana memberi kesan kepada hubungan dalam parti komponen itu," katanya.

Gagento : Pemimpin bukan Melayu diingatkan supaya jangan menimbulkan isu sedemikian rupa. Orang Melayu diam bukan bermakna mereka lemah atau takut tetapi sebaliknya untuk menjaga keharmonian kaum. Janganlah panaskan air embun yang sejuk. Buruk padahnya.

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

kuang ajar le ni makin menjadi2. Sama macam pernah saya kata dulu, nie semua mai bangsa bukan melayu kat tanah air kita ni kena faham tentang sejarah.

Mereka ni kena balik semula pada sejarah. Asal usul. Bila hang pa semua tak geti pasal susur bangsa hang memang susah. Kita tak leh la nak dok diam. Sebab Melayu kena pertahankan atau sekurang-kurangnya kena bagi paham balik kat dungu2 ni...konsep ketuanan Melayu.

Dia ni mesti tak paham apa itu tuan dan apa itu hamba. Soal norma yang dia langgar dia kata tu, masyarakat mereka apa ada kira halal haram. Yang haram tu la di lantaknya.