Tuesday, 7 October 2008

HINDRAF di Hari Raya


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menceritakan dengan panjang lebar perasaan sedih dan kecewa beliau terhadap tindak tanduk penyokong pertubuhan haram Hindu Rights Action Force (Hindraf) sewaktu mereka menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet di sini Rabu lalu.
Menurut Perdana Menteri, pihaknya telah bertolak ansur dengan memberikan laluan kepada para penyokong pertubuhan haram itu untuk menyertai sambutan berkenaan atas semangat Aidilfitri tetapi “menerima balasan yang tidak diduga.”
Katanya, walaupun mereka datang secara tiba-tiba dan pada asalnya dihalang oleh pasukan keselamatan daripada menyertai majlis rumah terbuka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu, beliau membenarkan juga mereka masuk selepas berbincang dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Namun, katanya, sebahagian ahli kumpulan terbabit yang memakai baju T berlogo Hindraf ternyata gagal memahami tolak ansur sempena Aidilfitri itu.
“Daripada ratusan ahli kumpulan berkenaan, hanya ada seorang yang sudi mengucapkan 'Selamat Hari Raya' kepada saya.
“Selebihnya hanya menyebut, ‘Hapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), ‘Lepaskan Hindraf’, ‘Hapuskan ISA’, ‘Lepaskan Hindraf’.
“Itu sahaja yang dia nak cakap pada saya, jadi tiadalah semangat hari raya,” kata Perdana Menteri pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) BioMalaysia 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.
Menurutnya, penyokong Hindraf bersikap kurang sopan. Selain membuat bising, beliau berkata, pengamatan beberapa pihak menunjukkan “mereka juga tidak mahu bersalam dengan Najib dan menteri-menteri lain yang turut berada di PWTC ketika itu.”
Abdullah secara terbuka memberitahu beliau kecewa dengan sikap kumpulan itu memandangkan kesemua penyokong Hindraf itu telah dialu-alukan sebagai tetamu seperti juga rakyat lain walaupun mereka mempunyai fahaman yang agak berbeza dengan pendirian kerajaan.
Beliau berkata, perbuatan itu bertentangan dengan semangat hari raya yang sepatutnya dimanfaatkan untuk bersuka ria dan beramah mesra bersama pengunjung lain.
Tambahan pula, katanya, jika diketepikan aspek keagamaan, Hari Raya Aidilfitri adalah hari untuk semua rakyat Malaysia dan ia merupakan satu perayaan nasional.
“Rumah terbuka itu dibuka kepada semua orang, malah pelancong asing dan rakyat Indonesia yang bekerja di sini pun datang dalam jumlah yang besar, kenapa orang Malaysia tidak boleh datang.
“Namun, sewaktu mereka (penyokong Hindraf) masuk ke PWTC, mereka membuat bising, saya sendiri tidak tahu kenapa mereka bising... ini mewujudkan perasaan tidak gembira di kalangan pengunjung lain,” katanya.
Walaupun mereka bersikap biadap dan mencemarkan majlis meraikan hari kebesaran penganut Islam itu, Perdana Menteri berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mengambil tindakan tegas terhadap Hindraf buat masa ini.
Rabu lalu, sekumpulan penyokong Hindraf menimbulkan kekecohan pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet di PWTC.
Tanpa mempedulikan peraturan dan protokol, mereka bertindak mendahului barisan pengunjung lain yang sudah pun beratur untuk memasuki dewan sejak pukul 10 pagi.
Perbuatan itu mengundang kritikan pelbagai pihak yang mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas kerana ia boleh membangkitkan kemarahan orang Islam.
Pada tahun lalu, Hindraf mengemukakan memorandum kepada kerajaan British dengan mendakwa kuil-kuil Hindu di negara ini dirobohkan dan kaum India berhadapan dengan ‘pembersihan etnik’ di Malaysia.
Mereka juga mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran di Kuala Lumpur dan terlibat dalam beberapa insiden keganasan yang menyaksikan anggota polis dipukul sehingga cedera.
Lima pemimpin pertubuhan haram itu kemudian ditahan di bawah ISA.

(Sumber : Utusan Malaysia, 7 Oktober 2008)

Sunday, 5 October 2008

ALI RUSTAM bertanding Timbalan Presiden UMNO

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, hari ini membayangkan hasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO sekiranya mendapat sokongan dari para perwakilan pada Mesyuarat UMNO Bahagian seluruh negara kata beliau ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor, semalam. Mesyuarat Bahagian akan berlangsung bermula 9 Oktober ini manakala Perhimpunan Agong yang dijadual pada Disember ini ditangguh hingga Mac depan.

Datuk Seri Najib ketika dihubungi di Sabah semalam menyatakan masih terlalu awal baginya untuk mengulas perebutan jawatan tersebut. Sebelum ini, ketika menghadiri satu majlis Hari Raya di Masjid Tanah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga telah menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO sekiranya mendapat sokongan bahagian yang bersidang. Calon-calon lain yang dilihat berminat bagi 'memasuki gelanggang' ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula sehingga kini bersikap tunggu dan lihat, sehingga pengumuman rasmi dibuat oleh Presiden yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, samada mengekalkan jawatan Presiden UMNO atau tidak pada 9 Oktober ini.

Komen : Gagento melihat senario ini sebagai pertandingan keluarga yang sihat demi melihat 'perubahan' pada UMNO pada masa hadapan.

Pak Lah setuju Eurocopter gantikan Nuri

Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan baru-baru ini, bersetuju Eurocoter dilantik syarikat pembekal helikopter baru menggantikan Nuri. Nuri menjadi spekulasi kerana usianya & kejadian beberapa kemalangan sebeum ini. Apakah wajar usia Nuri dijadikan sebab utama penggantian ini? Saya akan mengulas jika berkesempatan kelak. Selamat membaca. Berita asal dari Business Times.

Eurocopter awarded tender to replace Nuri

The Defence Ministry has agreed to acquire new helicopters from European helicopter manufacturers, Eurocopter, to replace the Nuri, Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi announced yesterday. He said the ministry was now scrutinising the clauses in the agreement before signing it officially with the company concerned.“I have been told that the Defence Ministry has identified Eurocopter as the replacement for Nuri. “The Defence Ministry had received many applications from international aircraft manufacturers and suppliers,” Abdullah, who is also the Defence Minister, told reporters after attending a special briefing at Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.On Sept 17, Abdullah handed over the post of Finance Minister to Datuk Seri Najib Tun Razak and took over the Defence Ministry. Abdullah had once held the Defence Minister’s post from 1986 to 1987 - Bernama

SIAPA PM YANG BAIK?

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul sebagai pilihan popular untuk menjadi Perdana Menteri, diikuti oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, demikian menurut hasil tinjauan pendapat oleh Merdeka Center (Rujuk www.malaysiakini.com). Hasil tinjauan tersebut menunjukkan 40 peratus memilih Anwar manakala Najib memperolehi 34 peratus. Manakala satu perempat responden tidak dapat memilih atau yakin dengan kedua-dua calon tersebut.

Dalam soalan berasingan, 39 peratus bersetuju Najib boleh menjadi Perdana Menteri yang baik, manakala 44 peratus lagi tidak bersetuju. Ini dianggap sebagai satu berita baik untuk Timbalan Perdana Menteri itu walaupun ketinggalan di belakang Anwar kerana peratusan penerimaannya sebagai Perdana Menteri telah meningkat lima peratus berbanding dengan tinjauan pendapat Julai lalu.
Manakala peratusan untuk Anwar pula turun tiga peratus. Ketika dihubungi, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffin berkata ini adalah kali pertama mereka membandingkan Anwar dengan Najib.



"Antara sebab kami turut memasukkan soalan itu kali ini ialah kerana tinjauan ini dijalankan di sekitar 16 September. Juga, Anwar telah menonjolkan diri sebagai bakal Perdana Menteri," kata Ibrahim. Sebelum ini, Penasihat Umum PKR itu telah menetapkan tarikh 16 September untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat dari Barisan Nasional. Seramai 1,002 responden dipilih untuk tinjauan pendapat tersebut yang diadakan antara 11 hingga 22 September lalu.

Ejen Amerika

Dalam tinjauan itu juga, hanya 15 peratus percaya tuduhan salahlaku seks terhadap Anwar manakala 13 peratus lagi percaya beliau seorang "penjenayah seksual". Walaupun 21 peratus percaya dengan tuduhan bahawa beliau menjadi "ejen Amerika" tetapi 51 peratus lagi percaya Ketua Pembangkang itu seorang pemimpin yang "kuat dan berwawasan" serta "seorang Pengurus Ekonomi yang cekap". Penyokong Anwar adalah lebih pelbagai kaum, berbanding dengan penyokong Najib yang sebahagian besarnya orang Melayu. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sokongan sebenar orang Melayu kepada kedua-dua pemimpin tersebut. Sebanyak 17 peratus orang responden Melayu percaya Anwar seorang "penjenayah seks" manakala hanya 8 peratus responden Cina dan 1 peratus responden India berkongsi sentimen tersebut. Hasilnya adalah sama berhubung tuduhan Anwar seorang "ejen Amerika/Yahudi" dengan 28 peratus Melayu berkata "iya" berbanding dengan hanya 12 peratus (Cina) dan 4 peratus (India). Apabila ditanya secara khusus sama ada Najib boleh menjadi Perdana Menteri yang baik - tanpa membandingkan beliau dengan orang lain - responden Melayu 52 peratus, Cina (29) dan India (10 peratus).




Mengenai Abdullah

Hasil tinjauan tersebut juga menunjukkan ranking bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak berubah berbanding dengan tinjauan bagi bulan Julai. Bagaimanapun, ramai rakyat Malaysia (21 peratus) menyifatkan keadaan politik yang tidak menentu yang menyelubungi negara sekarang sebagai kebimbangan mereka yang paling besar - meningkat daripada 10 peratus berbanding dengan dua bulan lalu. Sebanyak 50 peratus berkata mereka masih begitu bimbang dengan isu-isu ekonomi.

Six powers agree on Iran resolution




Hai Cik Condo... Jaga negara awak yang da nak muflis kan lagi baik. Jangan sibuk-sibuk lagi negara orang. Resolusi terbaru ini tidak pula mengenakan sekatan pusingan keempat keatas Iran. 6 negara tersebut ialah China, Russia, UK, USA, Prancis, & German. Presiden Mahmoud Ahamenijad menegaskan pengayaan uranium ini bertujuan menjana kuasa elektrik. Milibant, Setiausaha Negara UK berkata cadangan ini sudah dihantar kepada 15 negara anggota Majlis Keselamatan dan akan dibahas tak berapa lama lagi. Dia juga mendakwa US Nuclear Watchdog tidak mendapat kerjasama Tehran dalam menyiasat program nuklear Iran. Berita asal Aljazeera.


Six powers agree on Iran resolution
Rice said the agreement aimed to show unity not against Iran, but for Russia [AFP]Six world powers have agreed on a draft resolution on Iran's nuclear programme, which did not include new sanctions, in line with Russia's insistence, senior US and European officials have said.

David Miliband, the British Foreign Secretary, told reporters that the six powers had agreed to submit the draft text to the 15-nation UN Security Council for discussions on Friday.A vote could come on Saturday.According to a text seen by Reuters news agency, the 10-line draft resolution would call on Iran to "fully comply, without delay" with previous council resolutions, which demand that it halt enriching uranium.It also urges Iran to meet the requirements of the International Atomic Energy Agency (IAEA) board of governors.

Condoleezza Rice, the US secretary of state, said the resolution aimed, not to impose new sanctions against Tehran, but rather to show unity after disagreements with Russia over its invasion of Georgia."It's also especially important that the Iranians recognise that the P5 plus one process is intact," Rice told Reuters in an interview, referring to the five permanent members of the UN Security Council - the UK, China, France, Russia and the United States - plus Germany.The P5 plus one powers are seeking to persuade Iran to halt its suspected pursuit of a nuclear weapon.The United States and Europeans had wanted a fourth round of sanctions on Iran, which refuses to halt nuclear enrichment work.China and Russia oppose further sanctions.

Miliband said the text "reaffirms existing resolutions that are on the UN books."Although the draft resolution has no new penalties, Frank-Walter Steinmeier, the German foreign minister, told reporters that the text "does not rule them out either".Integral playerThe meeting on Iran was originally scheduled for Thursday, but it was postponed after Russia withdrew to protest US criticism of its invasion of Georgia.Rice told the Security Council she wanted to take up threats made by Ahmadinejad [AFP]Russian diplomats said Moscow was letting the West know it could not be sidelined on issues like Iran where it is a key player.


Separately, Rice told the Security Council that she wants it to take up threats against Israel made by Mahmoud Ahmadinejad, the Iranian president.Rice said his comments that the Jewish state "should be wiped from the face of the map, should be destroyed and should not exist" were unacceptable.Tehran insists its nuclear programme aims to produce electricity and refuses to halt its enrichment programme. In a defiant speech to the UN General Assembly on Tuesday, Ahmadinejad vowed to resist US "bullying".
Miliband said the UN nuclear watchdog had failed to get sufficient co-operation from Tehran in its investigation of allegations that Iran conducted research on an atomic weapon.In June, the six powers gave Iran a beefed-up offer of political and economic incentives, including nuclear reactors, in exchange for a suspension of its enrichment programme.Tehran says enrichment is a sovereign right it will never renounce.
Sergei Lavrov, the Russian foreign minister, said on Friday it was not the time to consider any new sanctions on Iran.We "continue to believe that it is not timely to consider at the ministerial or at any other level this proposal of new sanctions," Lavrov told a news conference at the United Nations.



Retorik Terbaru Israel


Perdana Menteri Israel yang bakal meletak jawatan atas dakwaan merasuah, Ehud Olmert menegaskankan perlunya Rejim berundur dari Tanah Palestin dalam usaha mencapai perdamaian dengan Palestin. Sebelum ini Olmert berulang kali dengan angkuhnya meneruskan perluasan kuasa rejim tanpa menghirau langsung isu Pelan Damai. Canselor Jerman, Angela Merkel pernah mengunjungi Tel Aviv & menggesa rejim berundur sebagai usaha ampuh kearah perdamaian. Dalam sidang media yang sama Olmert menegaskan usaha rejim adalah semata-mata kerana negara Israel & rakyatnya. Jelas dilihat polemik terbaru Olmert ini menyerupai mana-mana Presiden Amerika dalam membincangkan masalah Israel -Palestin; memulakan usaha apabila legasi pemerintahan mereka berakhir. Di era Bush, Rundingan Annapolis diadakan diakhir tahun Bush memerintah. Lama sebelum ini, Yitzak Rabin menandatangani Perjanjian Oslo yang menyatakan rejim akan menyerahkan kembali Tanah Palestin yang diduduki. Akhirnya Rabin mati ditembak. Ikuti berita seterusnya dari Aljazeera

Berjaga-jaga sayur dicemari melamin

Krisis makanan tercemar dengan bahan berbahaya dari China terus berlanjutan. Terbaru, Sayur-sayuran import dari republik itu dikesan turut tercemar dengan kandungan melamin yang tinggi. Kementerian Kesihatan kini mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjalankan pemeriksaan tahap empat terhadap semua produk makanan dari China bagi memastikan ia benar-benar selamat, lapor Bernama.
"Kami mendapat tahu dari Korea (Selatan) bahawa mereka mengesan kadar melamin yang tinggi dalam sayur-sayuran yang mereka import dari China."Kami telah melancarkan pemeriksaan tahap empat terhadap semua produk makanan dari China dengan mengambil contoh produk berkenaan untuk ujian," kata Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai. Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri konvensyen MCA Sabah di sini Sabtu, Liow memberi jaminan bahawa kadar melamin dalam produk makanan yang dijual di pasaran negara ini adalah pada paras yang dibenarkan.
Agensi berita yang sama turut melaporkan pihak berkuasa keselamatan makanan Korea Selatan menemui bahan berasaskan nitrogen itu dalam coklat berjenama Kit Kat dan Snickers yang dihasilkan dari China. Jika diambil berlebihan atau dengan kerap, melamin boleh mendatangkan risiko kesihatan. Pencemaran melamin dalam produk tenusu telah mengorbankan empat bayi di China dan menyebabkan 54,000 lagi mengalami masalah buah pinggang dan penyakit-penyakit lain. Agensi kawalan ubatan dan makanan Korea (KFDA) kini sedang memeriksa 428 makanan proses untuk mengesan bahan berbahaya itu. Setakat hujung minggu lepas, ia telah memeriksa 288 produk.
Komen Gagento : Berhati-hati produk tenusu, coklat dan sayuran dari China. Makanlah barang buatan Malaysia, makan sayuran kampung & ulam-ulam yang lebih menjamin kesihatan.