Datuk Seri Najib ketika dihubungi di Sabah semalam menyatakan masih terlalu awal baginya untuk mengulas perebutan jawatan tersebut. Sebelum ini, ketika menghadiri satu majlis Hari Raya di Masjid Tanah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga telah menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO sekiranya mendapat sokongan bahagian yang bersidang. Calon-calon lain yang dilihat berminat bagi 'memasuki gelanggang' ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula sehingga kini bersikap tunggu dan lihat, sehingga pengumuman rasmi dibuat oleh Presiden yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, samada mengekalkan jawatan Presiden UMNO atau tidak pada 9 Oktober ini.
Komen : Gagento melihat senario ini sebagai pertandingan keluarga yang sihat demi melihat 'perubahan' pada UMNO pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment